awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyamaan PSC akan beri peluang adil kepada semua syarikat penerbangan - AAPA

Bernama
Bernama
30/11/2017
19:00 MYT
Penyamaan PSC akan beri peluang adil kepada semua syarikat penerbangan - AAPA
Pelaksanaan tahap berbeza caj KLIA dan klia2 sentiasa dilihat sebagai tidak adil kepada syarikat penerbangan yang bersaing untuk perniagaan di lapangan terbang yang sama. - Gambar hiasan
Penyamaan caj perkhidmatan penumpang (PSC) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan lapangan terbang lain di negara ini akan memberikan peluang yang adil dan saksama kepada semua syarikat penerbangan, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pengarah AAPA, Andrew Herdman berkata, langkah itu akan memberi peluang kepada semua syarikat penerbangan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan kompetitif kepada orang ramai.
"Pelaksanaan tahap berbeza caj KLIA dan KLIA2 sentiasa dilihat sebagai tidak adil kepada syarikat penerbangan yang bersaing untuk perniagaan di lapangan terbang yang sama," katanya.
Herdman berkata, AAPA menyambut baik pengumuman Suruhanjaya Penerbangan Malaysia pada Khamis yang PSC akan dilaksana secara sama rata di semua lapangan terbang Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2018.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AAPA
#Andrew Herdman
#Caj Perkhidmatan Penumpang
#KLIA
#KLIA2
#Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
#Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik
#PSC
#Suruhanjaya Penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan