BISNES
Penyelesaian Petronas-Sarawak: Pendekatan mampan ekonomi, kewangan, sosial negara - PM

Muhyiddin menyambut baik kesepakatan Petronas dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam menyelesaikan isu petroleum. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyambut baik kesepakatan antara Kerajaan Negeri Sarawak dan Petronas dalam nmenyelesaikan isu petroleum yang berlarutan sejak beberapa tahun lepas.
Dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan pada petang ini, Muhyiddin menyifatkan penyelesaian ini sebagai pendekatan yang mampan dari segi ekonomi, kewangan dan sosial negara pada jangka panjang.
"Ini juga selari dengan dasar utama Kerajaan, iaitu Wawasan Kemakmuran Bersama," ujarnya.
Penyelesaian iu juga menurut Muhyiddin akan memberi ruang kepada Kerajaan Negeri Sarawak untuk terlibat sama dalam dalam pembangunan industri minyak dan gas bersama Petronas di negeri berkenaan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami