awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak komited bina lapangan terbang baharu

Bernama
Bernama
19/10/2018
05:30 MYT
Perak komited bina lapangan terbang baharu
Menurut Faizal, kerajaan negeri Perak juga komited untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini bagi membolehkan pendaratan kapal terbang bersaiz besar. - Gambar fail
Kerajaan negeri Perak tetap akan meneruskan hasrat membina lapangan terbang baharu bertaraf antarabangsa sebagai antara usaha untuk menarik kehadiran pelancong asing.
Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu berkata pada masa sama pihaknya juga komited untuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini bagi membolehkan pendaratan kapal terbang bersaiz besar.
"Saya daripada mula konsisten untuk mengekalkannya dan menambah baik (LTSAS) agar dapat kapal terbang lebih besar mendarat serta menarik pelancong daripada penerbangan empat lima jam contohnya dari India dan China.
"Kami juga mengalu-alukan cadangan untuk bina lapangan terbang antarabangsa yang 'cater' kepada kapal kargo atau kapal terbang penumpang daripada 'penerbangan tambang murah," katanya kepada pemberita selepas majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam peringkat negeri Perak tahun 2018 di sini, hari ini.
Penganjuran majlis kali ketujuh itu disempurnakan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM).
Ahmad Faizal mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada Selasa lalu yang berkata pembinaan lapangan terbang baharu di Perak perlu dikaji semula kerana projek itu melibatkan kos yang tinggi.
Beliau berpandangan adalah lebih wajar LTSAS dinaik taraf seperti memanjangkan landasan kepada kira-kira 850 meter bagi membolehkan kapal terbang besar mendarat kerana kosnya lebih murah.
Pada 12 Okt, Ahmad Faizal membayangkan cadangan untuk membina lapangan terbang baharu di Tapah atau Behrang kerana ia didapati lebih sesuai, berbanding cadangan awal di Seri Iskandar.
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah
#LTSAS
#Menteri Besar Perak
#Mohammad Nizar Jamaluddin
#pelancong
#Seri Iskandar
#Sultan Nazrin Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan