awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peralihan tenaga: Presiden Petronas mahu usahakan penyelesaian boleh bertindak, pragmatik untuk Asean

Bernama
Bernama
19/01/2023
15:32 MYT
Peralihan tenaga: Presiden Petronas mahu usahakan penyelesaian boleh bertindak, pragmatik untuk Asean
Tengku Muhammad berkata, Petronas kekal dengan komitmen untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan, rakan setara merentas industri dan rakan serantau dalam menangani peralihan tenaga dengan cara yang adil dan bertanggungjawab.
DAVOS: Petronas akan membangunkan cerapan yang diperoleh pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos dan seterusnya memacu agenda untuk penyelesaian yang boleh diambil tindakan dan pragmatik dalam peralihan tenaga untuk Asean di Energy Asia 2023 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada Jun.
"Petronas sangat percaya bahawa kerjasama global akan menjadi satu-satunya cara untuk menghadapi ketidaktentuan dan kemeruapan yang berpanjangan yang kita lihat hari ini," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Tengku Muhammad Taufik.
"Kami percaya bahawa siri tindakan sempena perhimpunan di Davos juga mesti mempertimbangkan keperluan ekonomi di negara pesat membangun seperti Asean," katanya kepada Bernama di luar acara WEF.
Dalam hal ini, sebagai pemain tenaga yang beroperasi di tengah-tengah rantau ini, Petronas kekal dengan komitmennya untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan, rakan setara merentas industri dan rakan serantau dalam menangani peralihan tenaga dengan cara yang adil dan bertanggungjawab.
"Kami akan terus menunjukkan bahawa industri tenaga boleh menawarkan penyelesaian untuk membekalkan kepada dunia dengan tenaga yang diperlukan pada hari ini - produk yang lebih bersih dan berbeza," tambahnya.
Energy Asia 2023 yang akan diadakan selama empat hari bermula 26 Jun, 2023, menghimpunkan pemimpin industri global, pelabur dan penggubal dasar untuk bergerak melangkaui ikrar dan menyelesaikan cabaran dalam peralihan tenaga bagi mencapai masa depan sifar bersih yang adil dan bertanggungjawab untuk Asia.
WEF, dengan tema pada tahun ini ialah "Kerjasama Dalam Dunia Terpisah: Menangani Krisis Mendesak, Mengendalikan Cabaran Masa Depan" diadakan di tengah-tengah pelbagai krisis yang hanya meningkatkan lagi perpecahan serta pemisahan landskap geopolitik dunia.
Ia bertujuan mempercepatkan kemajuan ke arah mencapai sasaran sifar bersih, alam sekitar yang positif.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini WEF di sini
Topic Berkaitan
#WEF2023
#Petronas
#peralihan tenaga
#Energy Asia 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan