Perang perdagangan secara besar-besaran antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan memberi impak kepada ekonomi Malaysia, memperlahankan pertumbuhan sektor eksportnya sebanyak satu hingga dua peratus, kata Ketua Ekonomi Affin Hwang Capital Alan Tan Chew Leong.
Beliau menjangka kesannya akan dirasai jika pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan rakan sejawatannya, Xi Jinping pada Sidang Kemuncak G-20 di Tokyo gagal mencapai keputusan positif untuk meredakan pertikaian perdagangan itu.
"AS mungkin terus mengenakan tarif ke atas semua eksport China dan Beijing akan memberi tindak balas. Rantaian bekalan akan terjejas, bukan hanya di kedua-dua negara tersebut tetapi perdagangan global secara keseluruhan.
"Malaysia adalah ekonomi terbuka, amat bergantung kepada perdagangan dan kini menyaksikan penggantian perdagangan yang positif dan peralihan dari AS ke Malaysia dalam jangka masa pendek, tetapi dalam jangka masa panjang, sektor eksport Malaysia akan terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar Malaysian Association of Asset Managers- International Institutional Investors Series di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, beliau menjangka permintaan domestik akan kekal kukuh dan terus menyokong ekonomi Malaysia dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).
"Permintaan domestik terutamanya, daripada pelaburan swasta, pelaburan awam dan penggunaan swasta akan menyediakan penampan dalam pertumbuhan eksport yang perlahan," katanya.
Beliau berkata ketegangan perdagangan yang meningkat juga boleh membawa kepada kemungkinan KDNK global merosot, menjadikannya hampir kepada kemelesetan di seluruh dunia, dan di rantau ini sebanyak tiga peratus.
"Panduan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), jika ketegangan perdagangan global meningkat, KDNK global akan menjadi 0.5 mata peratusan. Mengandaikan hari ini, kita menyaksikan pertumbuhan KDNK global sebanyak 3.6 peratus pada 2020, 0.5 mata peratusan akan membawa KDNK global kepada 3.1 peratus adalah amat hampir kepada tahap kemelesetan global," katanya.
Katanya bagi Malaysia, bank mempunyai andaian kes asas sebanyak 4.5 peratus pada 2019 dengan pertumbuhan sama pada 2020, jika tiada peningkatan dalam ketegangan perdagangan global.
"Bagaimanapun, jika ia meningkat (ketegangan perdagangan), kita mungkin menyaksikan pertumbuhan (Malaysia) sebanyak empat peratus pada tahun depan dan kemungkinan merosot di bawah empat peratus berikutan China adalah rakan dagang utama kita.
"Bagaimanapun, kami berpendapat wujud kompromi antara kedua-dua pemimpin tersebut (Donald Trump dan Xi Jinping pada pertemuan mereka di Sidang Kemuncak G20 di Tokyo), di mana Memorandum Persefahaman tertentu akan diumumkan," katanya.
Alan berkata walaupun tarif yang lebih tinggi mungkin tidak ditarik balik dengan segera susulan daripada pertemuan di Jepun, "persetujuan daripada dua ekonomi gergasi itu akan menghalang peningkatan perang perdagangan."
Jika eksport Malaysia terjejas disebabkan ketegangan perdagangan, harga komoditi yang rendah manakala import barangan modal dan barangan penggunaan terjejas, ia akan memberikan tekanan penurunan kepada kedudukan lebihan akaun semasa Malaysia, kata Alan.
Katanya akaun semasa tidak akan merosot kepada defisit tetapi ia akan berkurangan, memberi tekanan kepada ringgit dan kedudukan rizab negara, bagaimanapun pakar ekonomi itu turut menegaskan dengan eksport Malaysia yang pelbagai, ia tidak mungkin berlaku.
"Walaupun jika eksport elektronik perlahan, ini akan diimbangi oleh produk berkaitan petroleum yang lain. Kita juga akan menyaksikan harga minyak kukuh yang akan membantu eksport negara," kata Alan.
Dalam perkembangan lain, katanya penting bagi kerajaan meneruskan pengukuhan fiskal untuk menunjukkan komitmennya kepada disiplin fiskal.
"Sebelum krisis, adalah lebih baik bagi kerajaan menjaga kedudukan defisit semasa fiskal. Apabila tiba masanya, mereka boleh memperkenalkan langkah rangsangan fiskal baharu untuk menyokong ekonomi domestik," katanya.
Katanya beliau yakin selepas setahun mentadbir, kerajaan semasa akan menumpukan kepada menyediakan sokongan yang terbaik kepada ekonomi, terutamanya semasa tempoh tidak menentu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 25 2019
ALAN TAN: Kami berpendapat wujud kompromi antara Donald Trump dan Xi Jinping pada pertemuan mereka di Sidang Kemuncak G20 di Tokyo, di mana Memorandum Persefahaman tertentu akan diumumkan. - Gambar fail
'Saya akan beri keputusan dalam masa singkat' - Anwar
Ketua-ketua cabang di Sabah telah memberikan pandangan dan keputusan akan dipertimbang dalam masa terdekat.
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Perang perdagangan AS-China akan perlahankan eksport Malaysia - Penganalisis
Bagaimanapun, Alan Tan menjangka permintaan domestik akan kekal kukuh dan terus menyokong ekonomi Malaysia dan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK).