KUALA LUMPUR: Starbucks Corporation mengambil keputusan menghentikan operasinya di seluruh Russia setelah hampir 15 tahun beroperasi di negara itu.
Keputusan Starbucks itu seiring keputusan syarikat gergasi barat lain seperti McDonald's Corporation untuk menghentikan operasi di negara itu.
Starbucks yang diasaskan di Seattle, Amerika Syarikat mempunyai 130 rangkaian cawangan di seluruh Rusia.
Pengurusannya dilesenkan kepada Alshaya Group berbekalkan hampir 2,000 orang pekerja.
Keputusan Starbucks untuk menutup semua operasi perniagaannya di Russia itu dianggap sebagai langkah berbeza jika dibandingkan dengan langkah diambil beberapa syarikat asing lain.
Pada minggu lepas, McDonald’s memaklumkan berkenaan penjualan restorannya di Rusia kepada pemegang lesen tempatan, Alexander Govor.
Penjualan ini akan dipasarkan atas nama baharu, bagaimanapun cap daganganya dikekalkan.
Renault (Perancis) pula sedang menjual sebahagian besar pegangannya dalam syarikat pembuat kenderaan terbesar di Rusia.
Tindakan ini juga membolehkan Renault untuk membeli balik saham tersebut.
Beberapa syarikat barat, termasuk Imperial Brands dan Shell sedang memutuskan hubungan dengan pasaran Russia dengan bersetuju untuk menjual asset-aset mereka atau menukarkan pengurusan kepada pengurusan tempatan.
Pada Mac lalu, Starbucks telah menutup kedai-kedainya dan menghentikan segala aktiviti perniagaannya di Russia, termasuk penghantaran produknya ke negara tersebut.
Keputusan ini dibuat susulan insiden pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.
Starbucks yang telah beroperasi di Russia sejak tahun 2007 akan meneruskan sokongannya terhadap pekerja mereka di negara tersebut, termasuklah dengan pembayaran gaji selama enam bulan.
Starbucks tidak memaparkan sebarang butir tentang impak kewangan susulan tidakan penutupan tersebut.
McDonald’s pula akan mengutamakan pengambilan caj bukan-tunai yang bernilai sehingga AS$1.4 bilion.
Agensi
Tue May 24 2022

Starbucks Corporation mengambil keputusan menghentikan perniagaannya di seluruh Russia setelah hampir 15 tahun beroperasi di negara itu. - Foto REUTERS

Politik | Hilang keyakinan terhadap parti, 50 ahli Armada sertai UMNO
Kira-kira 50 Ahli Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bertindak keluar parti dan menyertai UMNO kerana hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan Bersatu.

AWANI Ringkas: Hanya ada satu kem dalam UMNO – Ismail Sabri
![[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri [TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976239/thumbnails/20519348851656738667031_640x360.jpg)
[TERKINI] Pelantikan Duta | Jangan persoalkan kuasa agong - Perdana Menteri
Tindakan segelintir pihak yang mendesak agar pelantikan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditarik balik seolah-olah mempersoalkan kuasaYang di-Pertuan Agong. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelantikan Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah diluluskan Kabinet dan mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

UMNO | Tiada dua kem, hanya satu kem - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan wujud dua kem dalam UMNO. Sebaliknya, Naib Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri itu menegaskan parti keramat Melayu itu hanya dipimpin oleh satu kem.

Polis dalam proses siapkan fotofit suspek cuba culik anak Lufya
Identiti suspek bagaimanapun masih dalam siasatan.

Emilia Hanafi kongsi pengalaman perit dalam penjara
Biar pun berdepan pelbagai cabaran, Emilia meluahkan rasa tenang hati kerana dapat menggunakan sebaik-baik waktu untuk dirinya.

Politik | Pas Tumpat masih gagal adakan pemilihan semula
Pas kawasan Tumpat masih lagi digantung selepas terdapat laporan berlakunya isu teknikal, termasuk bukan ahli yang mengundi pada sesi pemilihan ahli jawatankuasa pada Oktober lalu. Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mereka dikehendaki mengadakan semula pemilihan seperti yang diputuskan oleh jawatankuasa siasatan.

Bantah Barang Naik | 10 pemimpin PH dipanggil beri keterangan
10 pimpinan Pakatan Harapan (PH) dipanggil untuk siasatan polis pada Isnin ini berikutan himpunan bantah kenaikan harga barang di luar pintu Masjid Jamek Kampung Baru pada Jumaat. Perkara tersebut disahkan Peguam Biro Hal Ehwal Undang-Undang (Kanun) Parti Amanah Negara (Amanah), Fadhli Umar Aminolhuda.

Isu PRU: Asyraf Wajdi hanya fikir periuk nasi sendiri
Ahli Parlimen Lembah Pantai gesa Ketua Pemuda UMNO sensitif isu semasa negara.

Setinggan | 54 penempatan di bandar raya di Johor ditempat semula
Johor dalam perancangan penempatan semula 54 perkampungan setinggan di bandar raya itu membabitkan lebih 50,000 penduduk. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata usaha itu melibatkan tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG), Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) serta Pejabat Tanah dan Galian.

Perang Rusia-Ukraine meruncing, Starbucks tutup 130 rangkaian di Rusia
Keputusan Starbucks itu seiring keputusan syarikat gergasi barat lain seperti McDonald's Corporation yang turut mengambil langkah sama.