KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia terus mencatat prestasi yang memberangsangkan dan mengekalkan trajektori peningkatan pada November 2022 dengan berkembang 15.6 peratus kepada RM238.17 bilion berbanding November 2021 -- pertumbuhan dua digit tahun ke tahun bagi 22 bulan berturut-turut.
Dalam kenyataannya hari ini, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata eksport naik 15.6 peratus kepada RM130.24 bilion manakala import dan lebihan dagangan meningkat 15.6 peratus masing-masing kepada RM107.93 bilion dan RM22.3 bilion.
"Selain itu, eksport ke rakan dagang utama khasnya ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun juga merekodkan pertumbuhan dua digit," katanya.
Berbanding Oktober 2022, lebihan dagangan meningkat 23.5 peratus manakala perdagangan, eksport dan import masing-masing berkurangan sebanyak 2.8 peratus, 1 peratus dan 4.9 peratus, .
Menurut MITI, tempoh Januari hingga November 2022 menyaksikan perdagangan berkembang sebanyak 29.9 peratus kepada RM2.613 trilion berbanding tempoh sama tahun lepas.
Eksport turut meningkat 27.2 peratus kepada RM1.42 trilion dan import naik 33.3 peratus kepada RM1.193 trilion manakala lebihan dagangan menokok 2.6 peratus kepada RM227.89 bilion.
"Perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan juga telah mencatat nilai tertinggi bagi tempoh ini," katanya.
Bagi November 2022, eksport barangan perkilangan yang merangkumi 84.6 peratus daripada jumlah eksport pula berkembang 15 peratus tahun ke tahun kepada RM110.23 bilion iaitu pertumbuhan dua angka bagi bulan ke-16 berturut-turut.
Dalam pada itu, eksport hasil galian (meliputi baagian sebanyak 8 peratus) melonjak 62.6 peratus tahun ke tahun kepada RM10.43 bilion -- pertumbuhan dua angka ke-20 bulan berturut-turut, disumbangkan oleh kenaikan eksport LNG dan petroleum mentah.
Menurut MITI, eksport keluaran pertanian (sebanyak 6.8 peratus bahagian) susut 11.1 peratus kepada RM8.87 bilion berbanding November 2021 berikutan penurunan eksport minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, kata kementerian itu.
Tempoh Januari hingga November 2022 menyaksikan hampir kesemua barangan telah merekodkan peningkatan eksport, kata kementerian itu.
Pada November 2022, perdagangan dengan ASEAN menyumbang 26.6 peratus kepada jumlah perdagangan Malaysia, meningkat 11.6% tahun ke tahun kepada RM63.46 bilion.
Dalam pada itu pada November 2022, perdagangan dengan China mencatat RM43.18 bilion iaitu meningkat sebanyak 13.5 peratus manakala eksport naik 9.2 peratus kepada RM18.85 bilion dan import menokok 17.1 peratus kepada RM24.33 bilion.
Bagi tempoh sama, perdagangan dengan AS pula meningkat 15.6 peratus tahun ke tahun kepada RM22.82 bilion manakala import dari negara maju tersebut bertambah 23 peratus kepada RM8.23 bilion.
"Import dari EU pula berkembang sebanyak 6.9 peratus kepada RM8.17 bilion," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 19 2022
Perdagangan Malaysia mencatat prestasi memberangsangkan pada November 2022 dengan berkembang 15.6 peratus.- Fail/BERNAMA
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Konsert Aina Abdul penanda aras baharu MPO - Konduktor
Kehebatan vokal penyanyi bersuara lunak dan lantang, Aina Abdul dalam menyanyikan lagu berentak genre balada sehingga mampu membuai emosi pendengar, sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi.
Israel mungkin akan serang negara lain berdekatan Iran - Pakar
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Dagangan Malaysia meningkat 29.3 peratus pada Jun kepada RM188.7 bilion - MITI
Prestasi perdagangan Malaysia mencatatkan kenaikan pada Jun 2021 dengan jumlah perdagangan meningkat 29.3 peratus kepada RM188.7 bilion berbanding Jun lalu.
Pertumbuhan eksport Malaysia atasi import buat pertama kali sejak Mei 2016
Perdagangan Malaysia berkembang sebanyak 31.5 peratus kepada RM153.3 bilion pada Mei 2017 berbanding RM116.6 bilion yang dicatatkan dalam bulan yang sama tahun lepas.
Mustapa: Perdagangan Malaysia dijangka berkembang 2 peratus
Jumlah perdagangan negara diunjur berkembang dua peratus pada 2016 meskipun persekitaran ekonomi yang mencabar.
Jumlah perdagangan M'sia Mac meningkat 1.6 peratus
Jumlah perdagangan Malaysia pada Mac 2013 meningkat 1.6 peratus kepada RM114.94 bilion berbanding bulan yang sama tahun lalu.