awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BISNES

Perdagangan Malaysia kekal momentum, berkembang 2.6 peratus pada Mei 2025

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
20/06/2025
03:15 MYT
Perdagangan Malaysia kekal momentum, berkembang 2.6 peratus pada Mei 2025
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan eksport pada Mei 2025 didorong oleh kejatuhan eksport domestik.
KUALA LUMPUR: Perdagangan luar negeri Malaysia pada Mei 2025 terus mencatatkan pertumbuhan positif apabila jumlah dagangan meningkat 2.6 peratus kepada RM252.5 bilion.
Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini, peningkatan ini disumbang terutamanya oleh import yang naik 6.6 peratus kepada RM125.9 bilion, sementara eksport mencatat penurunan kecil sebanyak 1.1 peratus kepada RM126.6 bilion.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan eksport Malaysia didorong oleh kejatuhan eksport domestik.
"Eksport domestik yang menyumbang 79.6 peratus daripada jumlah eksport menurun 4.7 peratus, manakala eksport semula meningkat 16.1 peratus kepada RM25.8 bilion," jelasnya.
Lebihan dagangan pada bulan tersebut berkurang secara signifikan kepada RM766.3 juta, berbanding RM10 bilion pada Mei tahun lalu, namun masih menandakan lebihan selama 61 bulan berturut-turut sejak Mei 2020.
"Eksport yang lebih rendah disumbangkan terutamanya ke Singapura, Jepun dan China.
"Sektor eksport utama yang terjejas termasuk keluaran petroleum (-RM3.3 bilion), gas asli cecair dan produk kimia," tambah beliau.
Sementara itu, import kekal kukuh, terutamanya barangan elektrik dan elektronik yang melonjak RM14.3 bilion, serta barangan modal yang meningkat 63.7 peratus atau RM8.8 bilion, selaras dengan permintaan pelaburan yang lebih tinggi.
Untuk tempoh Januari hingga Mei 2025, jumlah dagangan mencatatkan kenaikan 6.2 peratus kepada RM1.3 trilion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM46.9 bilion.
Topic Berkaitan
#perdagangan
#DoSM
#Mohd Uzir Mahidin
#pelaburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami