MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Jun 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Jun 2025.
Mahkamah Tinggi di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan (DNAA) bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada tuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC International Sdn. Bhd.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran melibatkan lapan pegawai kanan yang akan berkuat kuasa 21 Julai depan.
Kerajaan tidak akan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) buat masa ini kerana nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah dan tidak memungkinkan pelaksanaan cukai itu tanpa menjejaskan golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pengarah Cawangan Khas, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bersara mulai Ahad ini.
Setakat ini tiada sebarang keperluan untuk menyambung proses rakaman keterangan ahli perniagaan bergelar Tan Sri itu.
Menteri Luar berkata pihak Wisma Putra telah menguruskan pengangkutan darat untuk semua rakyat Malaysia menuju ke Ashgabat, Turkmenistan.
Astro AWANI mencatat pencapaian membanggakan apabila merangkul tiga anugerah dalam Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2024.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di peringkat akhir melengkapkan kertas siasatan untuk mendakwa pengendali syarikat bas yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebanyak 1,000 buah Sekolah Angkat Madani berjaya diwujudkan di seluruh negara, hasil kerjasama erat antara kerajaan dan sektor swasta.
Pengamal media dituntut untuk terus berpegang teguh kepada integriti, kebenaran serta tanggungjawab sosial dalam mendepani cabaran masa kini, kata Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami