awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali

Dagang News
Dagang News
05/07/2022
01:30 MYT
Perdana Petroleum dapat lanjutan kontrak RM8.4 juta daripada Petronas Carigali
Anak syarikat milik penuhnya, Perdana Nautika Sdn Bhd telah menerima arahan lanjutan kerja pada 14 Jun lalu. - DagangNews
KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Bhd. menerima lanjutan kontrak daripada Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) bernilai RM8.4 juta untuk penyediaan sebuah kapal tunda dan bekalan (AHTS) bagi pengendalian kapal sauh tunggal.
Menurutnya, anak syarikat milik penuhnya, Perdana Nautika Sdn Bhd telah menerima arahan lanjutan kerja pada 14 Jun lalu.
Kontrak awal bermula dari 4 Ogos 2021 hingga 14 Jun 2022. Lanjutan pula adalah untuk tempoh 169 hari dengan pilihan tambahan 30 hari bermula 15 Jun 2022.
"Perdana Nautika perlu menyediakan kapal AHTS dengan krew dan peralatan untuk melaksanakan perkhidmatan 24 jam untuk membantu dan/atau servis pelantar penggerudian, pemasangan luar pesisir, tongkang, menunda dan kerja berlabuh," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.
Kontrak tersebut adalah yang ketiga diumumkan Perdana Petroleum pada tahun ini, dan kedua bagi Petronas Carigali.
Pada 14 Februari lalu, ia memperoleh kontrak bagi penawaran 3 kapal AHTS daripada Petronas Carigali bernilai RM9.6 juta.
Sementara itu, pada April lalu, kumpulan memperoleh arahan kerja untuk penyediaan satu kapal tongkang kerja penginapan (AWB) daripada Vantage Well Services Sdn Bhd pada harga RM5.49 juta.
Perdana Petroleum berkata, kontrak tersebut dijangka menyumbang kepada hasil dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.
"Ia tidak memberi kesan kepada modal saham dan struktur pegangan dalam kumpulan," katanya. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Perdana Petroleum
#Petronas Carigali
#lanjutan kontrak
#kapal tunda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan