KUALA LUMPUR: Perdana Petroleum Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM11.39 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2022 berbanding kerugian bersih RM328.27 juta setahun sebelumnya.
Perolehan melonjak kepada RM196.63 juta daripada RM153.47 juta sebelumnya kebanyakannya disebabkan penggunaan kapal yang lebih tinggi pada 59 peratus pada tahun kewangan 2022 berbanding 49 peratus pada tahun kewangan 2021 berikutan peningkatan kadar sewa harian dan pesanan kerja serta kontrak yang diberikan daripada syarikat minyak utama ada separuh kedua 2022.
"Selain daripada kadar penggunaan lebih tinggi, pemulihan yang menghasilkan keuntungan bagi tahun itu adalah susulan caj susut nilai lebih rendah (RM60.6 juta berbanding RM129.2 juta) dan pembalikan kerugian rosot nilai ke atas hartanah, loji dan peralatan (PPE) sebanyak RM11.4 juta pada tahun kewangan semasa (berbanding dengan kerugian rosot nilai pada PPE sebanyak RM220.0 juta pada tahun kewangan lepas).
"Sebaliknya, kos pentadbiran meningkat RM2.6 juta kepada RM12.0 juta disebabkan kos insurans dan imbuhan yang lebih tinggi," katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
Mengenai prospek, Perdana Petroleum berkata industri minyak dan gas kembali pulih pada 2022 selepas beberapa tahun mengalami kemelesetan akibat harga minyak yang rendah dan pandemik COVID-19 yang melanda di seluruh dunia dengan harga minyak mentah Brent dalam purata US$103 setong pada 2022, berbanding US$71 setong pada 2021.
Syarikat itu berkata prospek tenaga oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2023 telah mengunjurkan bahawa harga minyak mentah Brent akan kembali normal kepada purata US$85 setong pada 2023 disebabkan ketidaktentuan geopolitik dan jangkaan peningkatan inventori petroleum dengan peningkatan aktiviti pembangunan.
"Walaupun persekitaran makroekonomi yang mencabar ditambah dengan kerumitan dalam peralihan tenaga, Petronas mengeluarkan 'Prospek Aktiviti Petronas 2023-2025' pada Disember 2022, menjangkakan prospek yang stabil untuk aktiviti luar pesisir Malaysia, ia berkemungkinan akan menyaksikan peningkatan dalam aktiviti projek dalam penggerudian dan pembangunan sekali gus memberi petunjuk baik untuk pasaran kapal sokongan luar pesisir (OSV).
"Biarpun terdapat momentum yang jelas dalam pemulihan pasaran OSV, ia menyebabkan penggunaan dan kadar sewaan lebih tinggi untuk segmen penyewaan luar pesisir industri minyak dan gas pada 2022, kami masih optimistik dan berhati-hati memandangkan prospek yang tidak menentu disebabkan oleh dinamik geopolitik semasa serta peningkatan inflasi dan kadar faedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
Perolehan melonjak kepada RM196.63 juta daripada RM153.47 juta sebelumnya kebanyakannya disebabkan penggunaan kapal yang lebih tinggi pada 59 peratus pada tahun kewangan 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.