KUALA LUMPUR:Selepas menyaksikan beberapa siri pembelian oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) ke atas sahamnya sejak beberapa hari kebelakangan ini, perjalanan penyenaraian awam FGV Holdings Bhd nampaknya akan berakhir, demikian menurut seorang ahli ekonomi.
Pensyarah dan Pengurus Kanan Pengembangan Perniagaan Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012 dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55, permodalan pasarannya hampir mencecah RM17 bilion.
"Ia merupakan langkah pengapungan kedua terbesar berdasarkan nilai pasaran di dunia, di belakang Facebook. Dan, pada masa ini permodalan pasarannya berjumlah RM4.74 bilion," kata beliau kepada Bernama.
Menurut beliau, pada bulan Oktober tahun lepas ketika Pengerusi Felda sekarang, Datuk Seri Idris Jusoh mengemukakan idea untuk menamatkan perjanjian pajakan tanah (LLA) dengan FGV serta mengambil alih kilang-kilang FGV, langkah itu dilihat sebagai usaha untuk menggembirakan peneroka Felda sehingga menjejaskan pemegang saham FGV.
Penamatan LLA itu berpotensi untuk menurunkan harga saham FGV yang melibatkan pemegang saham seperti Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (anak syarikat MOF Incorporated) yang merupakan institusi pelaburan berkaitan kerajaan dan Koperasi Permodalan Felda, sekali gus menyebabkannya kehilangan kelebihan daya saing dan kemampanan.
"Tambah memburukkan lagi keadaan ialah kos penamatan yang dianggarkan berjumlah RM5 bilion hingga RM6 bilion akan diperoleh daripada pembayar cukai kerana Felda tidak mempunyai jumlah sebanyak itu dan langkah berkenaan hanya dapat dilakukan dengan suntikan dana tambahan oleh kerajaan.
"Bahkan tidak mungkin terutama ketika Felda sendiri memiliki hutang sendiri, yang hampir mencecah RM10 bilion," katanya.
Bagaimanapun, ia boleh diterima akal dan menurut Ahmed Razman, menerusi penerbitan sukuk dengan jaminan kerajaan berjumlah RM9.9 bilion, Felda memutuskan untuk membayar hutang sendiri dan memanfaatkan baki wang untuk mengambil alih FGV, yang akan menyatukan kawalan dan operasi tanah dan kilang minyak di bawah satu badan yang digabungkan.
"Sebaik sahaja Felda berserta pihak yang berkepentingan sama secara kolektif memegang lebih daripada 50 peratus saham-saham FGV pada 8 Dis, 2020, tawaran pengambilalihan Felda ke atas FGV menjadi tanpa syarat, sekali gus menyaksikan berlakunya banyak pembelian saham selama beberapa hari kebelakangan ini.
"Selain daripada pemerolehan saham FGV bernilai RM605.8 juta daripada KWAP dan Urusharta Jamaah yang terdiri daripada pegangan 13.88 peratus, Felda setakat ini telah membelanjakan lebih daripada RM100 juta untuk membeli baki saham di pasaran terbuka," kata Ahmed Razman.
Khamis lepas, Felda membeli lebih 9.97 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan nilai RM12.96 juta pada harga RM1.30 setiap satu.
Ini telah meningkatkan jumlah saham FGV yang diperoleh Felda setakat minggu ini kepada 75.97 juta saham.
Awal minggu ini, agensi itu membeli 66 juta saham melalui pasaran terbuka pada harga RM1.30 setiap satu dengan jumlah RM85.8 juta.
Minggu lepas pula, Felda mengumumkan bahawa ia membeli sejumlah 27.15 juta saham FGV daripada pasaran terbuka dengan harga RM1.29 setiap satu atau RM35.02 juta.
Ini berlaku setelah agensi itu mengeluarkan dokumen tawarannya pada Selasa minggu lalu (12 Jan) berkaitan dengan tawaran pengambilalihan mandatori tanpa syarat untuk semua baki saham FGV yang tidak dimilikinya, kecuali saham perbendaharaan.
Tawaran RM1.30 sesaham akan dibuka untuk penerimaan sehingga jam 5 petang 2 Februari, kecuali dilanjutkan atau disemak semula.
Pada 8 Dis, 2020, Felda, yang sudah memiliki 21.24 peratus kepentingan dalam FGV, meningkatkan kepentingannya dalam syarikat berkenaan menjadi 35.12 peratus dan bercadang untuk mengambil saham FGV secara persendirian pada harga RM1.30 per saham.
Tambahan 13.88 peratus saham dibeli daripada KWAP (6.1 peratus) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (7.78 peratus).
"Pada harga tawaran semasa RM1.30 sesaham, FGV kini bernilai sekitar RM4.75 bilion (berdasarkan modal saham terbitannya sekitar 3.65 bilion), kurang satu pertiga daripada sebelumnya.
"Masih belum pasti sama ada Felda akan dapat melakukan perubahan untuk kedua-dua entiti sebaik sahaja pengambilalihan selesai," kata Ahmed Razman.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 23 2021

Khamis lepas, Felda membeli lebih 9.97 juta saham FGV Holdings Bhd daripada pasaran terbuka dengan nilai RM12.96 juta pada harga RM1.30 setiap satu. - Gambar fail/Astro AWANI
![[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin [INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1893558/8967789641614789796507_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Laporan harian pemberian dos 1 vaksin

5 perkara penting dalam sidang media KKM - 03 Mac 2021
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.

Perodua Ativa | Teknologi terkini dengan harga lebih berpatutan
Selepas sekian lama berteka-teki, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akhirnya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Perodua Ativa pada 3 Mac 2021.

Dadah | Sindiket dadah guna kurier tumpas
Tiga lelaki tempatan ditahan dalam tiga serbuan pada 26 Februari lalu sekaligus satu sindiket penghantaran dan pengedaran dadah menggunakan khidmat penghantar barang di sekitar Lembah Klang ditumpaskan. Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan, penghantar barang atau runner yang membawa bekalan dadah berkenaan memperoleh ganjaran lumayan sehingga RM10,000 untuk setiap 'trip'.

Struktur Runtuh | Dua maut, tiga mangsa terselamat
Dua wanita maut, sementara tiga individu lain termasuk pemandu van kilang terselamat selepas kenderaan mereka naiki dihempap runtuhan struktur binaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) pada petang Rabu. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, turut memaklumkan kesemua lima mangsa yang terperangkap dalam van berkenaan berjaya dikeluarkan.

Runtuhan Binaan SUKE | Tunggu laporan pihak berkuasa - Fadillah
Dalam pada itu Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan laporan awal mendapati insiden struktur pembinaan lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) runtuh pada petang Rabu disebabkan ia dilanggar sebuah treler. Beliau yang berada di Program Bicara Naratif Terbitan RTM turut menggesa orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sehingga laporan penuh berhubung kejadian berkenaan dikeluarkan pihak berkuasa.

Kemalangan| Mangsa berkongsi detik cemas melalui telefon
Terdahulu, salah seorang mangsa runtuhan struktur binaan di Lebuh Raya Sungai Besi-Hulu Kelang berhampiran Desa Tun Razak menghala ke Ampang sempat dihubungi suaminya ketika masih dalam keadaan terperangkap di bawah sisa runtuhan. Mangsa, Zakiah Yaakop, 51 tahun yang sempat dihubungi suaminya, Kamarulzaman Awang memaklumkan tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun mengalami kesukaran untuk bergerak.

Kemalangan | Lori tiada kaitan dengan SUKE - Prolintas
Sementara itu Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., pemaju bagi Projek Pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menafikan lori yang melanggar perancah besi pembinaan SUKE lewat petang rabu terlibat dalam pembinaan lebuh raya berkenaan. Ia juga mendakwa lori jenis treler itu membawa lebih muatan. Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Dana 1MDB | Siasatan terhadap Tawfiq Ayman masih berjalan
Polis masih meneruskan siasatan terhadap Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan penerimaan Dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam akaun bank miliknya di Singapura. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, siasatan dibuat mengikut seksyen 4(1)(A) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan hasil daripada hasil daripada aktiviti haram 2001.

Jangan 'mandulkan' demokrasi - Asyraf Wajdi
Pemuda UMNO memohon agar Kerajaan mengkaji semula keputusan untuk tidak mengadakan persidangan Parlimen

Tarikh akhir tawaran pengambilalihan FGV dilanjutkan kepada 15 Mac
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah melanjutkan tempoh tawaran sehingga 15 Mac depan bagi mendapatkan 90 peratus saham FGV Holdings Bhd melalui pengambilalihan mandatori.

Tarikh akhir penerimaan pengambilalihan FGV dilanjutkan
Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) melanjutkan lagi masa dan tarikh tutup penerimaan tawaran daripada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bagi pengambilalihan FGV Holdings Bhd.

Felda beli 857,300 saham FGV daripada pasaran terbuka
Felda membeli saham-saham FGV itu pada hari Khamis, 11 Februari 2021.

COVID-19: FGV saring 13,509 pekerja asing
Keputusan saringan pada Januari adalah negatif, kecuali 25 pekerja di Sabah yang melalui proses kuarantin.

Penguasaan Felda ke atas FGV perlu utamakan kepentingan peneroka - Kaukus
Pengambilalihan oleh Felda perlu memastikan keuntungan bersama dikecapi pihak terlibat menerusi terma yang munasabah dan tidak membabitkan kepentingan peribadi mana-mana pihak.

Felda beli baki saham FGV
Pada 8 Disember, Felda mengumumkan hasrat penawaran pengambilalihan wajib kepada pemegang saham minoriti FGV pada harga RM1.30 sesaham, jika ia berjaya meningkatkan pegangan dalam FGV.

Pengambilalihan FGV langkah penting dalam pelan pemulihan Felda
Pengambilalihan FGV adalah suatu langkah penting dalam Pelan Pemulihan yang diluluskan oleh kerajaan demi manfaat warga Felda.

Perjalanan penyenaraian awam FGV akan berakhir- Ahli Ekonomi
Ketika FGV disenaraikan pada tahun 2012 dengan harga tawaran awam permulaan (IPO) RM4.55, permodalan pasarannya hampir mencecah RM17 bilion.

FGV tolak tawaran pembelian saham oleh Felda
FGV berkata tawaran oleh felda pada harga RM1.30 sesaham adalah tidak adil, lebih rendah dari penilaian yang dilakukan oleh FGV iaitu sekitar RM1.45 hingga RM1.60.

Felda beli 9.97 juta lagi saham FGV daripada pasaran terbuka
FGV berkata saham itu dibeli semalam pada harga RM1.30 sesaham.