awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dijangka dimeterai Malaysia-AS perjanjian adil, seimbang

Bernama
Bernama
15/10/2025
01:40 MYT
Perjanjian Perdagangan Timbal Balik dijangka dimeterai Malaysia-AS perjanjian adil, seimbang
Tengku Zafrul (kanan) ditemu bual Sherkawi pada program Ruang Bicara oleh Bernama sempena Belanjawan 2026 mengenai Memperkasa Ekonomi dan Strategi Rundingan Tarif, di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perjanjian Perdagangan Timbal Balik yang dijangka ditandatangani Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 minggu depan disifatkan sebagai perjanjian adil bagi kedua-dua pihak dengan mengambil kira kepentingan masing-masing, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, delegasi perundingan AS telah berada di Malaysia sejak Ahad lepas bagi memuktamadkan perjanjian berkenaan susulan persetujuan yang dicapai antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden AS, Donald Trump untuk menandatangani perjanjian itu.
"Pada masa sama, kedua-dua negara telah mengemukakan kedudukan masing-masing dengan cara diplomatik dan sistematik untuk mencapai keberhasilan yang adil dan saksama untuk kedua-dua pihak.
"Kini, kita sedang memuktamadkan perjanjian ini supaya seimbang dan mengutamakan kepentingan rakyat dan syarikat tempatan kita," katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk 'Memperkasakan Ekonomi & Strategi Rundingan Tarif' yang dihoskan oleh Datuk Sherkawi Jirim, terbitan Bernama TV semalam.
Menurutnya sepanjang rundingan bersama pihak AS, kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat serta perniagaan tempatan, termasuk beberapa garis merah seperti isu berkaitan Bumiputera, halal dan perolehan terus terpelihara.
Tengku Zafrul turut menyuarakan kebimbangan mengenai beberapa isu yang mungkin akan dibangkitkan termasuk isu tarif melibatkan sektor semikonduktor dan sektor lain yang terletak di bawah Seksyen 232.
"Setakat ini, perbincangan hanya tertumpu kepada asas tarif," katanya.
Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962 itu membenarkan AS mengenakan tarif tambahan atas alasan keselamatan negara.
Pada 25 September lepas, Trump melalui akaun di Truth Social mengumumkan AS akan mengenakan tarif pada kadar 100 peratus ke atas mana-mana produk farmaseutikal berjenama atau yang dipatenkan, melainkan syarikat berkenaan membina kemudahan pembuatan farmaseutikalnya di AS.
Bagaimanapun, AS masih belum membuat sebarang keputusan berhubung sektor semikonduktor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perjanjian perdagangan timbal balik
#Malaysia-AS
#Sidang Kemuncak ASEAN
#Tengku Zafrul
#PM Anwar Ibrahim
#Presiden Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan