KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah mengagihkan lebih RM14.1 bilion bantuan kepada lebih 350,000 majikan melibatkan 2.7 juta pekerja di bawah pelbagai pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan semasa krisis COVID-19.
Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata Perkeso kini meneruskan usahanya dengan lima inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi memastikan tiada sesiapa yang ketinggalan semasa krisis ini.
"Terdapat PenjanaKerjaya yang meliputi insentif pengambilan pekerja, program latihan dan perantisan belia, lanjutan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (EIS) dan Program Subsidi Upah Bersasar untuk industri pelancongan dan peruncitan, yang turut dilanjutkan selama sebulan kepada semua pekerja yang terjejas dengan pelaksanaan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Menandatangani Perjanjian Perkongsian Strategik antara Perkeso dan Universiti Malaya (UM) di unviersiti itu di sini hari ini. Acara itu turut disiarkan secara langsung di laman Facebook Perkeso.
Mohammed Azman berkata inisiatif di bawah Perkeso termasuk SPS Lindung, sumbangan bersubsidi sepenuhnya oleh kerajaan untuk 100,000 pekerja daripada kumpulan sasar di bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri dan Program Saringan COVID-19 yang disasarkan untuk pekerja asing di seluruh negara.
"Perkeso komited untuk melakukan yang terbaik dalam kapasitinya bagi menyokong rakyat dan ekonomi kerana pentadbiran keselamatan sosial yang cekap adalah kunci untuk menguruskan peningkatan pengangguran dan menjaga kehidupan orang ramai yang memerlukan bantuan semasa pandemik ini.
"Pandemik ini telah menunjukkan bagaimana kerajaan tidak dapat pulih kembali tanpa ekosistem perlindungan sosial yang kuat dan ini memerlukan kerjasama dan sinergi rapat antara pemain industri yang berbeza di lapangan," katanya lagi.
Perkeso dan UM hari ini menandatangani perjanjian kerjasama strategik selama lima tahun, menetapkan pelan tindakan bagi Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) universiti, sebuah pusat yang dibiayai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), untuk menyokong objektif pembinaan kapasiti Perkeso dan menyumbang secara positif kepada pembangunan ekosistem keselamatan sosial Malaysia melalui program khusus.
Perkongsian ini memberi tumpuan kepada tiga bidang strategik utama iaitu pembinaan kapasiti, penyelidikan dan advokasi bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan keselamatan sosial dan kesedaran dalam kalangan pekerja Perkeso dan orang ramai.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Mohammed Azman mewakili Perkeso dan Naib Canselor UM, Prof Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Mohammed Azman berkata, Perkeso kini meneruskan usahanya dengan lima inisiatif di bawah Belanjawan 2021 dan PERMAI.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.