PADANG BESAR: Kerajaan negeri Perlis menyasarkan 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara akan bertandang ke negeri ini sempena Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.
Exco Pelancongan Negeri Wan Badariah Wan Saad berkata keyakinan itu diletakkan berdasarkan sambutan pelancong yang mencecah angka dua juta lebih pada tahun sebelum ini.
"Sebagai contoh pada Pesta Angin Timur 2023 yang berlangsung di Kampung Sungai Padang pada 3 hingga 5 Mac lalu mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya menarik hampir 3,000 pengunjung dan ini menunjukkan satu petanda baik," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer berkata kerajaan negeri telah menyusun pelbagai program menarik sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti.
"Antara program yang telah disusun adalah seperti Pesta Air Kuala Perlis dijadual berlangsung antara bulan September atau Oktober tahun depan yang pasti dinanti-nantikan oleh pelancong dari dalam dan luar negara," katanya.
Wan Badariah berkata pengisian penganjuran pada kali ini agak berbeza daripada sebelumnya kerana akan turut dianjurkan bersama sukan rakyat di darat selain sukan air dan acara utama lumba perahu antarabangsa.
"Kami masih belum menetapkan tempat, namun keputusan akan dibuat selepas ini," katanya.
Beliau berkata antara lokasi yang dicadangkan ialah Kampung Y, lencongan banjir barat dan beberapa tempat lagi kerana kerja-kerja naik taraf Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia Kuala Perlis.
Pada 2019, edisi keenam Penganjuran Pesta Air Kuala Perlis berjaya menarik lebih 25,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
Wan Badariah berkata di samping acara utama, kerajaan negeri juga akan membantu mempromosi program yang dianjurkan oleh pihak swasta dan produk pelancongan yang dihasilkan oleh orang ramai.
Beliau berkata kerajaan negeri juga sedang mempertimbangkan cadangan agar beruk kentui dijadikan sebagai maskot bagi TMP 2024-2025 kerana spesies primat itu hanya terdapat di Perlis.
Katanya sebagai persiapan TMP 2024-2025, kerajaan negeri juga sedang menambah baik infrastruktur pelancongan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2023
Pesta Air Kuala Perlis merupakan acara tahunan yang memberi fokus terhadap aktiviti sukan air seperti pertandingan perahu panjang, panjat tiang licin dan menjala ikan. - Foto Twitter/MOTAC
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Perlis terima cadangan, input tingkat pelancongan sempena TMP2024-2025
Perlis mengalu-alukan sebarang maklum balas, cadangan yang membina dan penambahbaikan berterusan daripada agensi dan wakil pengusaha pelancongan serta pengunjung.
Perlis sasar 3.8 juta pelancong sempena TMP 2024-2025
Keyakinan itu diletakkan berdasarkan sambutan pelancong yang mencecah angka dua juta lebih pada tahun sebelum ini.