KUALA LUMPUR: Aliran permintaan terhadap getah bagi tahun ini dijangka terus meningkat, didorong oleh kesedaran tinggi pasca pandemik COVID-19 termasuk aspek berkaitan kebersihan, kata Majlis Getah Malaysia (MRC).
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya Nor Hizwan Ahmad, selain keperluan produk berasaskan getah seperti sarung tangan getah yang mendapat permintaan tinggi dalam pasaran tempatan dan luar negara ketika pandemik, kesedaran tinggi mengenai kebersihan juga terus ketara.
"Jika sebelum ini, sarung tangan getah banyak digunakan di peringkat sektor kesihatan, namun tempoh pasca pandemik COVID-19 turut menyebabkan bidang-bidang lain seperti penyediaan makanan dan pembersihan menitikberatkan faktor kebersihan itu," katanya dalam rancangan Darah Muda bertajuk 'Majlis Getah Malaysia Perkasa Agenda Ekonomi Belia' yang disiarkan di Bernama TV pada Jumaat.
Mengulas mengenai cabaran utama dalam memperkasa industri getah, Nor Hizwan berkata isu-isu seperti peranan orang tengah menyebabkan industri getah dilihat tidak menarik biarpun hakikatnya ia merupakan komoditi yang mendatangkan hasil.
"Orang tengah misalnya memberi kesan langsung ke atas pendapatan pekebun kecil. Cabaran lain adalah kurangnya penglibatan usahawan kecil dalam rantaian nilai yang menyebabkan mereka tidak dapat merasai keuntungan yang diraih oleh syarikat-syarikat besar terutama ketika permintaan melambung tinggi," katanya.
Nor Hizwan berkata, kekurangan penglibatan langsung di peringkat rantaian nilai antarabangsa juga menjejaskan daya saing Malaysia di peringkat global.
"Oleh itu, kita berharap lebih banyak golongan muda akan turut sama melibatkan diri dalam bidang ini. Malah, kita turut menyediakan biasiswa dan geran inovasi dan teknologi dalam usaha menarik penglibatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 21 2022

Aliran permintaan terhadap getah bagi tahun ini dijangka terus meningkat, didorong oleh kesedaran tinggi pasca pandemik COVID-19 termasuk aspek berkaitan kebersihan. - Foto fail/BERNAMA

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

Inflasi | Penuhi permintaan barangan tempatan
Kerajaan disaran memastikan pengeluaran barangan tempatan mampu memenuhi permintaan pengguna dalam negara. Profesor Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Noor Azman Ali berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi melihat kejayaan kempen beli barangan tempatan yang mampu mengatasi masalah inflasi negara.

HSR Bangkok-KL | Satu jawatankuasa khas ditubuhkan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong dan rakan sejawatannya dari Thailand, Saksayam Chidchob bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi membincangkan secara terperinci mengenai perancangan, jajaran dan aspek teknikal projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HRS) Bangkok-Kuala Lumpur.

Perkeso | Perkeso lancar Ops Cegah
Seiring dengan usaha bersepadu yang berterusan bagi mengurangkan kadar kemalangan melibatkan pekerja di Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah melancarkan, buat julung kalinya, program Ops Cegah.

Kes Dera | Polis panggil saksi lain beri keterangan
Polis akan memanggil beberapa saksi lain bagi memberikan keterangan berhubung kes kematian seorang kanak-kanak perempuan yang disyaki didera oleh ibu dan bapa saudaranya. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, adik mangsa yang disyaki turut didera masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan disahkan stabil.

Siasat dakwaan penjualan data peribadi 22 juta rakyat Malaysia
Pihak berkuasa digesa untuk menjalankan siasatan yang telus dan teliti bagi mengenal pasti sama ada terdapat kebocoran maklumat.

Pendaki Hilang | Lagi cebisan tubuh manusia ditemui
Pasukan penyelamat menemui sebahagian lagi tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air di kawasan Gunung Suku, Simpang Pulai di Ipoh, pada lewat petang Selasa. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Muhammad Shahrizal Aris berkata cebisan tubuh manusia itu dijumpai pada jam 4.30 petang di lokasi penemuan kedua pada Isnin.

KRC: Jalan dua lorong akan dibina dari Pokok Sena ke Padang Terap
Projek dengan kos RM600 juta itu pada dasarnya dipersetujui untuk disegerakan dalam Rolling Plan Ketiga RMK-12.

Pengeluar sarung tangan perlu alih kepada industri bukan perubatan - Zuraida
Pemain perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan kaedah baharu untuk menjadikan industri sarung tangan berkembang semula.

Tapai pulut daun getah raih permintaan tinggi menjelang Syawal
Keaslian rasa tapai yang manis dan sedikit masam menjadi pembuka selera sebelum atau selepas menjamah hidangan lain.

Malaysia dapat penuhi permintaan global untuk minyak sawit - Zuraida
Industri tempatan boleh meningkatkan pengeluaran dan produktiviti minyak sawit kerana pintu sempadan sudah dibuka semula.

Felda beri duit raya RM200 kepada peneroka getah, pekerja ladang
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan memberi bantuan bersasar dalam bentuk sumbangan duit raya sebanyak RM200 kepada para peneroka getah dan pekerja ladang.

Kerajaan tarik pelabur dari Mesir dan Qatar untuk sektor getah - Zuraida
Ia bagi memanfaatkan fasiliti Bandar Getah Kedah selain mengambil peluang daripada pasaran berpotensi di ASEAN.

Pengeluaran getah asli susut 39% pada Februari
Perbandingan tahunan turut menunjukkan penurunan 40% daripada 49,840 tan pada Februari 2021.

Projek penanaman guarana secara komersial tidak pernah dibenarkan - Jabatan Pertanian
Ia berikutan larangan pengimportan guarana bagi tujuan penanaman oleh Brazil, dan impak negatifnya kepada industri getah negara.

Aplikasi e-SRM atasi produktiviti rendah pekebun kecil
Aplikasi ini bakal memastikan pengurusan dan pemantauan kebun getah matang dilaksanakan dengan lebih efisien dan dalam masa nyata.

Kira-kira 400,000 hektar ladang getah tidak aktif, pengeluaran tidak konsisten - Zuraida
Keseluruhan ladang getah itu membabitkan seramai kira-kira 150,000 pekebun kecil.