awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran sedia berperang jika diancam Amerika Syarikat - Naib Presiden
China longgarkan syarat kemasukan, warga UK dibenar lawat tanpa visa hingga 30 hari
Wan Zack Haikal sah kembali sarung jersi 'The Bos Gaurus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA

Bernama
Bernama
29/01/2026
21:10 MYT
Permintaan penumpang kukuh pada 2025 - IATA
Data IATA mendedahkan, jumlah permintaan penumpang udara global sepanjang tahun pada 2025, diukur hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 5.3 peratus berbanding 2024.
KUALA LUMPUR: Pasaran penumpang udara global pada 2025 menyaksikan permintaan yang kukuh dan pertumbuhan positif tetapi pada masa sama menghadapi kekangan kapasiti yang berterusan dalam industri penerbangan disebabkan oleh cabaran penyahkarbonan dan isu rantaian bekalan, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Data terkini daripada IATA mendedahkan, jumlah permintaan penumpang udara global sepanjang tahun pada 2025, diukur hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 5.3 peratus berbanding 2024, manakala jumlah kapasiti diukur mengikut tempat duduk tersedia bagi setiap kilometer (ASK), naik 5.2 peratus.
Persatuan itu berkata, faktor muatan penumpang keseluruhan (PLF) mencapai 83.6 peratus, melonjak 0.1 mata peratusan (ppt), paras tertinggi untuk trafik untuk setahun.
Permintaan setahun bagi antarabangsa pada 2025 menokok 7.1 peratus berbanding 2024 dan kapasiti melonjak 6.8 peratus, manakala faktor muatan antarabangsa setahun penuh adalah 83.5 peratus, peningkatan sebanyak 0.2 mata peratusan berbanding 2024.
"Ini juga merupakan rekod tertinggi untuk PLF antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan.
IATA berkata, permintaan setahun penuh domestik 2025 meningkat 2.4 peratus berbanding tahun sebelumnya, manakala kapasiti berkembang sebanyak 2.5 peratus dan faktor muatan setahun penuh secara purata adalah sebanyak 83.7 peratus, turun 0.1 mata peratusan berbanding 2024.
Sementara itu, ia berkata, Disember 2025 menandakan penutupan yang kukuh untuk tahun ini dengan permintaan keseluruhan meningkat 5.6 peratus tahun ke tahun, kapasiti meningkat 5.9 peratus dan faktor muatan sebanyak 83.7 peratus.
Ketua Pengarah IATA, Willie Walsh berkata, permintaan perjalanan udara pada tahun 2025 meningkat sebanyak 5.3 peratus dengan permintaan antarabangsa meningkat 7.1 peratus dan permintaan domestik menambah sebanyak 2.4 peratus.
"Ini mengembalikan pertumbuhan industri supaya seiring dengan corak pertumbuhan selepas mencatatkan peningkatan kukuh pada tempoh pasca-COVID.
"Peningkatan permintaan yang kukuh dan berterusan meletakkan fokus kepada dua cabaran utama iaitu penyahkarbonan dan rantaian bekalan," katanya.
Walsh berkata, penyahkarbonan akan melindungi pertumbuhan jangka panjang dan kerajaan yang pertumbuhan ekonominya didorong oleh penerbangan dan rakyatnya yang memerlukan ketersambungan perlu menyediakan rangka kerja dasar fiskal yang menyokong untuk mempercepatkan kemajuan dengan pantas, terutamanya dalam sektor tenaga untuk mengembangkan pengeluaran bahan api penerbangan mampan (SAF).
"Kedua, cabaran rantaian bekalan, merupakan masalah terbesar bagi syarikat penerbangan pada 2025. Walaupun orang ramai jelas mahu melancong lebih banyak, syarikat penerbangan terus kecewa dengan jadual penghantaran yang tidak boleh dipercayai untuk pesawat dan enjin baharu, kekangan kapasiti penyelenggaraan, dan peningkatan kos yang terhasil yang dianggarkan melebihi AS$11 bilion (AS$1 = RM3.93)," katanya.
Syarikat penerbangan berusaha keras untuk menampung permintaan dengan memastikan pesawat beroperasi lebih lama dan mengisi lebih banyak tempat duduk pada setiap penerbangan, kata Walsh.
Beliau berkata, dengan faktor muatan hanya kurang daripada 84 peratus, jelas bahawa langkah-langkah ini berkesan, bantuan dan penyelesaian sebenar diperlukan.
"Adalah penting bahawa 2025 terbukti menjadi titik terendah dalam krisis rantaian bekalan dan 2026 menandakan pemulihan.
"Setiap pesawat baharu bermakna pesawat yang lebih senyap dan bersih dengan lebih banyak kapasiti dan pilihan penerbangan berbanding sebelumnya, itu yang syarikat penerbangan dan pelanggan inginkan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IATA
#penumpang udara global
#PLF
#industri penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan