awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permintaan tinggi untuk kayu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global

Bernama
Bernama
01/06/2022
04:20 MYT
Permintaan tinggi untuk kayu di sebalik ketidaktentuan ekonomi global
Jumlah perdagangan kayu dan produk kayu Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM8.69 bilion pada suku pertama 2022 daripada RM7.89 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan kayu dan produk kayu Malaysia meningkat sebanyak 10.1 peratus kepada RM8.69 bilion pada suku pertama 2022 daripada RM7.89 bilion dalam tempoh yang sama pada 2021.
Industri perkayuan Malaysia telah mendapat manfaat daripada gangguan yang sedang berlaku dalam rantaian bekalan global serta perang Rusia-Ukraine, meningkatkan permintaan untuk produk berasaskan kayu Malaysia dan menaikkan harga kayu.
Pengerusi Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC), Norrida Yusoff berkata industri itu menunjukkan kesan positif dalam eksport susulan daripada lawatan perdagangan ke Amerika Syarikat (AS) dan Eropah baru-baru ini serta usaha promosi komoditi pertanian oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi ke Timur Tengah telah membuka banyak peluang perniagaan.
"Industri kayu Malaysia mencatatkan peningkatan ketara dalam eksport bagi suku pertama 2022 apabila permintaan global meningkat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Eksport kayu dan produk kayu Malaysia dari Januari hingga Mac tahun ini meningkat sebanyak 8.2 peratus kepada RM6.54 bilion berbanding RM6.04 bilion setahun lalu.
Perabot kayu kekal sebagai penyumbang tertinggi dengan eksport RM3.1 bilion atau 47.3 peratus pada suku pertama 2022, diikuti papan lapis (RM896.5 juta: 13.7 peratus) dan kayu gergaji (RM640.9 juta: 9.8 peratus).
Tiga destinasi eksport utama bagi kayu dan produk kayu Malaysia ialah AS (34.8 peratus), Jepun (14.8 peratus) dan China (9.0 peratus).
Eksport perabot kayu Malaysia pula adalah AS (59.3 peratus), diikuti Jepun (5.6 peratus) dan Singapura (4.4 peratus).
Terdapat juga peningkatan 16.4 peratus dalam import kayu dan produk kayu kepada RM2.1 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM1.8 bilion setahun lalu dengan import dari China (37.5 peratus) diikuti Indonesia (20.2 peratus) dan Vietnam (8.6 peratus).
Antara bahan mentah yang diimport ialah kayu gergaji (RM218.6 juta) dan venir (RM127.2 juta) yang masing-masing meningkat sebanyak 54.1 peratus dan 57.1 peratus tahun ke tahun.
Bagaimanapun terdapat penurunan dalam import untuk papan partikel/kayu serpai dan kayu balak, masing-masing pada RM101.1 juta dan RM48.8 juta, mewakili penurunan masing-masing sebanyak 22.8 peratus dan 21.8 peratus, tahun ke tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk kayu Malaysia
#Industri perkayuan Malaysia
#Majlis Kayu-Kayan Malaysia
#MTC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan