awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
Hospital Doktor Tanpa Sempadan diserang di Sudan Selatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil

Bernama
Bernama
10/02/2021
07:29 MYT
Permohonan skim NaDI dan Go Digital kini dibuka, bantu penjaja kecil
Menurut Amirudin, kedua-dua skim itu bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara. - Gambar fail
SHAH ALAM:Golongan penjaja kecil makanan, minuman serta peruncit mikro di Selangor kini boleh memohon Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) dan Skim Pembiayaan Go Digital (Go Digital) yang dibuka mulai hari ini, bagi membantu kelangsungan perniagaan mereka.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebanyak RM15 juta diperuntukkan bagi kedua-dua skim itu yang bertujuan membantu golongan tersebut mengalihkan perniagaan mereka kepada secara dalam talian sebagai pilihan, khususnya ketika pandemik COVID-19 melanda negara.
"Tawaran skim pinjaman mikro kredit ini (NaDI) diberikan untuk menampung kos operasi dan Go Digital pula bertujuan mengadaptasi perniagaan mereka ke platform e-dagang khususnya dalam memacu agenda digitalisasi Selangor," katanya semasa mengumumkan skim tersebut di laman Facebook Hijrah Selangor, hari ini.
Amirudin berkata kedua-dua skim yang dikendalikan Yayasan Hijrah Selangor itu juga adalah bagi memenuhi inisiatif yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan Selangor 2021, November tahun lepas.
Beliau berkata Skim NaDI menawarkan pembiayaan antara RM1,000 hingga RM5,000 kepada rakyat Selangor berumur 18 hingga 60 tahun, yang sedang atau masih baru menjalankan perniagaan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).
"Skim Go Digital pula menyasarkan usahawan Selangor yang ingin mengadaptasi perniagaan sedia ada mereka ke platform digital. Ia dilengkapi empat elemen iaitu sistem dan peralatan, program pemasaran, latihan serta pemantauan yang akan dipantau oleh syarikat peneraju dilantik," katanya.
Mereka yang berminat boleh melayari www.hijrahselangor.com untuk maklumat lanjut atau klik pautan https://forms.gle/r2ryDetuBt6Thf6V6 bagi menyemak status kelayakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#nadi
#Go Digital
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
#usahawan
#COVID-19
#penjaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan