Jumlah pendaftaran model Proton X70 mencecah 2,777 unit bagi Februari 2019 sekaligus membantu jenama itu mencapai perkongsian pasaran 14.5 peratus.

Keseluruhan model, Proton mencatatkan lebih tujuh ribu unit jualan kenderaan bagi Januari.

“Selepas pelancaran Proton X70 pada 12 Disember 2018, rekod pendaftaran SUV X70 berterusan sehingga ke tahun baharu dengan sebanyak 2,777 unit telah didaf tarkan pada Januari 2019.

“Jumlah tersebut bermakna Proton X70 telah mencatat rekod baharu sebagai SUV segmen C paling banyak didaftarkan dalam masa sebulan,” kata kenyataan itu.

BACA: Lelaki ini beri 4 sebab mengapa Proton X70 'tidak mahal'

Foto Proton

Sehubungan itu Proton komited mengekalkan prestasi jualan tersebut untuk bulan Februari dengan menawarkan promosi Ang Pow di mana pembeli model Proton layak menerima penjimatan sehingga RM4,000 bergantung kepada model.