awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan komited perkukuh tadbir urus pendigitalan negara - Gobind
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, dipacu data positif IPP Disember
KPM, KPT teliti aspek teknikal pelaksanaan wajib Bahasa Melayu, Sejarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perodua akan keluarkan EV pada Oktober, lancar pada akhir tahun - CEO

Bernama
Bernama
08/05/2025
09:18 MYT
Perodua akan keluarkan EV pada Oktober, lancar pada akhir tahun - CEO
Menurut Zainal Abdidin, EV ini akan dijual di bawah RM80,000 dengan lebih 30 peratus pemasangan tempatan pada peringkat awal. - Gambar fail/Bernama
SERDANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober, dengan pelan untuk memasarkannya pada akhir tahun ini.

Ringkasan AI
  • Perodua menyasarkan untuk memuktamadkan pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya pada Oktober dan memasarkannya pada akhir tahun ini.
  • EV ini akan dijual di bawah RM80,000 dengan lebih 30% pemasangan tempatan pada peringkat awal, yang dijangka meningkat kepada lebih 60% selepas beberapa bulan.
  • Dengan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, EV ini disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil, serta menekankan kualiti bateri untuk mengekalkan nilai jualan semula.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata pada peringkat awal, kenderaan tersebut akan mempunyai lebih 30 peratus pemasangan tempatan di kilang baharunya di Rawang, Selangor, dengan harga di bawah RM80,000.
"Bagaimanapun, selepas beberapa bulan pengeluaran, dengan penyesuaian komponen penting, kami berharap untuk meningkatkan kandungan pemasangan tempatan kepada lebih 60 peratus," katanya pada sidang media selepas melancarkan prototaip EV -- dipersembahkan dalam bentuk separuh potong -- di Malaysian Autoshow 2025 di sini hari ini.
Zainal Abidin berkata EV tersebut, dengan jangkaan pengeluaran bulanan sebanyak 500 unit, disasarkan kepada pembeli muda dan keluarga kecil, membolehkan mereka menikmati pengalaman menaiki kenderaan elektrik yang mampu milik.
Beliau turut menegaskan nilai jangka panjang model itu menjadi keutamaan, terutamanya mengenai kualiti bateri dan harga jualan semula.
"Jika orang ramai membeli EV tetapi tidak yakin dari segi kualiti bateri, nilai kenderaan itu akan jatuh selepas lapan tahun.
"Oleh itu, kami memastikan walaupun selepas lapan atau sembilan tahun, nilai kenderaan itu akan kekal -- kerana kami mengawal kualiti bateri. Anda sentiasa boleh mendapatkan bateri baharu daripada kami," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perodua
#keluarkan kenderaan EV
#Zainal Abidin Ahmad
#engeluaran kenderaan elektrik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami