BUSINESS
Perodua dijangka raih manfaat daripada pasaran automatif Malaysia pada 2025

Perodua akan mendapat manfaat daripada pelancaran model baharu seperti Perodua hibrid, Perodua EV, dan Perodua Myvi serba baharu.
KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dipacu oleh minat belian pada masa depan berikutan penangguhan peraturan eksais baharu sehingga akhir 2025.
Ringkasan AI
- Perodua dijangka mendapat manfaat sepenuhnya daripada industri automotif Malaysia pada 2025, dengan penguasaan 44% daripada jumlah bahagian pasaran volum industri.
- Perodua akan mendapat manfaat daripada pelancaran model baharu seperti Perodua hibrid, Perodua EV, dan Perodua Myvi serba baharu, serta faktor ekonomi seperti kenaikan gaji dan gaji minimum lebih tinggi.
- Segmen premium mungkin terjejas kerana pelanggan beralih kepada kereta bersaiz lebih kecil atau kenderaan hibrid dan elektrik (EV) untuk mengurangkan bil bahan api, serta peningkatan kos bahan api dan tarif asas.
Bagaimanapun, Kenanga IB berkata ia tidak sama untuk segmen premium kerana pelanggan sasarannya, kumpulan M40 dan T15 mungkin tidak membeli kereta baharu, dijangka beralih kepada kereta bersaiz lebih kecil atau bertukar kepada kenderaan hibrid dan elektrik (EV) untuk mengurangkan bil bahan api susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi bahan api.
"Pada masa sama, bil isi rumah juga akan terjejas oleh kos bahan api lebih tinggi serta jangkaan kenaikan 14 peratus dalam tarif asas untuk penggunaan lebih tinggi yang boleh mendorong pengguna untuk beralih kepada panel solar seterusnya meningkatkan permintaan untuk EV bagi menyalurkan lebihan elektrik grid, pada asasnya adalah percuma.
"Selain itu, kos penyelenggaraan rutin EV jauh lebih rendah berbanding enjin pembakaran dalaman disebabkan oleh pengurangan berlaku alat ganti haus dan lusuh " katanya.
Kenanga IB mengekalkan penarafan "overweight" untuk sektor tersebut dengan MBM Resources "outperform"; harga sasaran (TP): RM6.90 dan Hong Leong Industries "outperform"; TP: RM15.90 sebagai pilihan sektornya.
"Syarikat-syarikat ini adalah proksi kepada pasaran kenderaan mampu milik dan program rasionalisasi subsidi bahan api, selain menawarkan hasil dividen menarik, masing-masing kira-kira lapan peratus dan lima peratus," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami