KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada pada landasan tepat ke arah pemulihan dengan pertumbuhan tahunan dijangka kekal positif antara 3.0 peratus dan 4.0 peratus pada 2021 dan terus berkembang antara 5.5 peratus dan 6.5 peratus pada 2022.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata meskipun berdepan cabaran sepanjang suku ketiga 2021, pelbagai indikator ekonomi utama sebaliknya menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh terutama apabila negara memasuki suku keempat 2021 dan menuju kepada 2022.
"Ini termasuk penambahbaikan dalam pasaran buruh dengan kadar pengangguran berkurangan kepada 4.5 peratus pada September serta lonjakan eksport sebanyak 24.7 peratus dan peningkatan 11.6 peratus dalam nilai jualan sektor pembuatan pada bulan sama.
"Tambahan pula, kita menyaksikan peningkatan dalam kedua-dua indeks keyakinan perniagaandan pengguna yang dipantau oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) serta mencatat pelaburan langsung asing (FDI) bersih RM12.8 bilion pada suku ketiga 2021, sekali gus menjadikan jumlah FDI bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini kepada lebih RM30 bilion," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia telah mengunjurkan ekonomi Malaysia tumbuh pada 6.0 peratus dan 5.8 peratus bagi 2022.
Menurut Tengku Zafrul, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat sebanyak 3.0 peratus dalam tempoh sembilan bulan pertama 2021 berbanding penguncupan 6.4 peratus bagi tempoh sama tahun lepas.
Jelas beliau, prestasi KDNK ini mengambil kira penguncupan sebanyak 4.5 peratus tahun-ke-tahun pada suku ketiga 2021 yang menggambarkan cabaran yang dihadapi berikutan langkah pembendungan yang ketat untuk mengekang lonjakan kes baharu COVID-19 berikutan kemunculan varian yang membimbangkan (VOC) dan lebih berbahaya.
Dari segi prestasi bulanan KDNK, penguncupannya juga semakin mengecil kepada 1.1 peratus pada September berbanding 7.6 peratus pada Julai dan 4.7 peratus bagi Ogos 2021 yang mencerminkanpeningkatan dalam aktiviti ekonomi dan sosial, susulan peningkatan momentum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan seterusnya membolehkan lebih banyak negeri beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara, katanya.
Melangkah ke hadapan, Tengku Zafrul berkata pertumbuhan akan dipacu terutamanya oleh Bajet 2022 yang mengembang, normalisasi dalam aktiviti ekonomi dan sosial berikutan kadar vaksinasi yang tinggi,penyambungan semula projek dengan kesan pengganda tinggi serta permintaan luar yang kukuh, terutamanya daripada rakan dagang utama.
"Kerajaan akan terus melindungi nyawa dan kehidupan rakyat daripada ancaman COVID-19 disamping memastikan prospek pertumbuhan ekonomi jangka sederhana hingga panjang negara akan kekal kukuh.
"Selain itu, kerajaan juga komited untuk memberi tindak balas secara strategik, proaktif dan tegasserta mengurangkan kesan ekonomi jangka panjang akibat pandemik COVID-19," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 12 2021
Tengku Zafrul berkata, pelbagai indikator ekonomi utama menunjukkan momentum pemulihan yang kukuh. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.