SINGAPURA: Pertumbuhan ekonomi di rantau Asia dan Pasifik dijangka perlahan pada 2022 dan 2023 memandangkan rantau itu berdepan tiga halangan besar "yang mungkin membuktikan ia masalah berterusan", menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).
Agensi kewangan utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang beribu pejabat di Washington menyenaraikan tiga halangan iaitu dasar yang mengetatkan kewangan global, peperangan di Ukraine dan kejatuhan mendadak ekonomi yang luar biasa di China.
Halangan yang mencabar itu menyukarkan penggubal dasar membuat pilihan, katanya.
"Ekonomi Asia yang melantun semula dengan kukuh pada awal tahun ini kehilangan momentumnya, dengan suku kedua yang lebih lemah daripada jangkaan," kata Pengarah Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Krishna Srinivasan pada sidang media hibrid sempena laporan "The Regional Economic Outlook, Asia and Pacific: Sailing into Headwinds" yang dikeluarkan hari ini.
"Kami telah mengurangkan unjuran pertumbuhan di Asia dan Pasifik kepada 4.0 peratus tahun ini dan 4.3 peratus tahun depan. masing-masing turun sebanyak 0.9 dan 0.8 mata peratusan, berbanding "World Economic Outlook" pada April yang jauh di bawah purata 5.5 peratus bagi tempoh dua dekad lalu." katanya.
Menurut IMF, walaupun inflasi naik secara lebih sederhana di Asia pada 2021 berbanding rantau lain, harga yang turun naik dengan mendadak di pasaran komoditi global selepas Rusia menceroboh Ukraine pada Februari memberi tekanan tambahan kepada inflasi utama di Asia pada separuh pertama 2022.
Kenaikan itu turut dipengaruhi oleh peningkatan harga makanan dan bahan api- terutamanya di pasaran baru muncul dan ekonomi membangun Asia - tetapi juga mencerminkan inflasi teras yang lebih tinggi apabila ekonomi rantau itu pulih, katanya.
Berdasarkan keadaan itu, Srinivasan menekankan beberapa keutamaan untuk penggubal dasar dengan salah satunya "mengetatkan lagi dasar monetari akan diperlukan bagi memastikan inflasi kembali kepada sasaran dan jangkaan inflasi kekal tidak berubah".
Srinivasan berkata, penyatuan fiskal diperlukan untuk menstabilkan hutang awam dan menyokong pendirian dasar monetari. Asia kini merupakan rantau yang memilki hutang terbesar selain turut mengamalkan penjimatan yang terbesar di dunia, dan beberapa negara berisiko tinggi berdepan dengan masalah hutang.
"Hutang awam dan swasta menjadi lebih teruk disebabkan pandemik kerana pertumbuhan lebih perlahan dan paras hutang lebih tinggi. Susut nilai dan kenaikan kadar faedah boleh mendedahkan kelemahan kewangan daripada leveraj tinggi dan lembaran imbangan tidak dilindung nilai, seterusnya meningkatkan nisbah hutang awam.
"Apabila kadar faedah naik, ini akan meningkatkan imbangan fiskal yang diperlukan untuk menstabilkan hutang. Pendekatan bersepadu untuk menangani cabaran ini dengan cara yang tepat pada masanya dan ditentukur dengan baik adalah penting sambil mengambil kira risiko penurunan selanjutnya," katanya.
Pada soalan mengenai keperluan untuk Malaysia meningkatkan kadar dasar secara agresif bagi mengurangkan perbezaan dengan AS, Ketua Bahagian Kajian Serantau, Jabatan Asia dan Pasifik IMF, Shanaka Peiris menyatakan bahawa "Bank Negara Malaysia telah bergerak agak pantas walaupun sebelum inflasi meningkat di atas sasaran".
"Memandangkan inflasi teras yang berterusan dan beberapa faktor lain yang kami dapati, anda boleh menjangkakan lebih banyak negara lain di rantau ini akan terus untuk menurunkan inflasi di bawah sasaran menjelang 2024 seperti yang kami unjurkan pada masa ini."
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022
Menurut IMF, rantau Asia dan Pasifik berdepan tiga halangan besar yang mungkin membuktikan ia suatu masalah berterusan. - Reuters
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Ekonomi global berisiko terperangkap dalam pertumbuhan rendah - IMF
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) memberi amaran bahawa ekonomi global berisiko terperangkap dalam laluan pertumbuhan rendah dengan hutang tinggi.
Presiden baharu Sri Lanka rancang rundingan segera dengan IMF
Menurut Anura Kumara Dissanayake, rundingan bertujuan memohon pelan penyelamatan ekonomi bernilai AS$2.9 bilion.
Pakistan terima pinjaman IMF AS$7 bilion untuk stabilkan ekonomi
Pakistan dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mencapai persetujuan berhubung program pinjaman baharu bernilai AS$7 bilion bagi menstabilkan ekonomi negara Asia Selatan itu.
Hanya negara ambang muflis sahaja pinjam IMF - Rafizi
Rafizi Ramli menempelak pihak pembangkang berhubung pernyataan yang mengaitkan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan ketika ini dengan pinjaman Tabung Kewangan Antarabangsa.
Sri Lanka capai perjanjian penyusunan semula hutang
Perjanjian ini menandakan langkah penting dalam pemulihan ekonomi negara selepas gagal membayar balik hutang pada tahun 2022.
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
AI bakal beri impak kepada 40 peratus pekerjaan global - IMF
Kita berada di ambang revolusi teknologi yang boleh melonjakkan produktiviti, meningkatkan pertumbuhan global dan meningkatkan pendapatan di seluruh dunia.