awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Muzium Louvre di Paris pindah sebahagian koleksi barang kemas

Bernama
Bernama
25/10/2025
07:13 MYT
Muzium Louvre di Paris pindah sebahagian koleksi barang kemas
Lima hari selepas rompakan di Muzium Louvre Paris, sebahagian koleksi barang kemas bernilai tinggi telah dipindahkan ke bilik kebal Banque de France atas faktor keselamatan. -Gambar fail/AP
PARIS: Lima hari selepas kejadian rompakan berprofil tinggi di Muzium Louvre Paris, sebahagian daripada koleksi barang kemas berharga muzium itu dipindahkan ke Banque de France atas faktor keselamatan, lapor agensi berita Jerman dpa memetik laporan media tempatan pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Lima hari selepas rompakan di Muzium Louvre Paris, sebahagian koleksi barang kemas bernilai tinggi telah dipindahkan ke bilik kebal Banque de France atas faktor keselamatan.
  • Rompakan melibatkan empat pencuri bertopeng yang melarikan lapan barangan kemas bernilai EUR88 juta dari Galeri Apollo, mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan muzium.
  • Barang kemas kini disimpan dalam bilik kebal sedalam 26 meter yang turut menempatkan simpanan emas Perancis dan buku nota Leonardo da Vinci bernilai lebih EUR600 juta.

Menurut stesen radio RTL, barangan berkenaan dibawa dengan kawalan polis ke bilik kebal bank pusat Perancis berdekatan, dan maklumat itu turut disahkan oleh stesen televisyen BFMTV.
Louvre telah dikosongkan dan ditutup pada pagi Ahad selepas empat pencuri bertopeng memecah masuk ke Galeri Apollo.
Mereka bertindak memecahkan dua bekas pameran dan melarikan lapan barangan kemas yang pernah dimiliki permaisuri dan maharani Perancis dengan nilai dianggarkan EUR88 juta (US$102 juta).
Kejadian itu mencetuskan perdebatan tentang tahap keselamatan di muzium berkenaan.
Setakat ini, belum dapat dipastikan barangan mana yang dipindahkan.
Mahkota permata di Galeri Apollo serta barangan kemas lain dilaporkan telah dipindahkan.
Tiada petunjuk ditemukan mengenai suspek mahupun permata yang dicuri.
Menurut laporan RTL, barang kemas terbabit kini disimpan dalam bilik kebal berkeselamatan tinggi sedalam 26 meter di bawah tanah, lokasi yang turut menempatkan kira-kira 90 peratus simpanan emas Perancis.
Pemindahan seumpama ini dianggap luar biasa.
Buku nota Leonardo da Vinci yang dianggarkan bernilai lebih EUR600 juta turut disimpan di bilik kebal sama sejak beberapa tahun lalu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muzium Louvre Paris
#koleksi barang kemas
#bilik kebal
#Banque de France
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan