Rakyat Malaysia sudah pasti mahukan taraf hidup yang lebih baik.

Namun, malangnya ada dalam kalangan rakyat gagal menyedari peningkatan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) inilah yang sebenarnya menyumbang kepada peningkatan taraf hidup kita.

Impian kita untuk hidup seperti penduduk di negara maju, dimanifestasi antara lain, menerusi pengangkutan awam yang lebih baik dan cekap, selain infrastruktur komunikasi moden.

Jelas sekali, pengangkutan awam di Malaysia sudah banyak berubah sejak tahun-tahun kebelakangan ini -- hakikat yang diperakui oleh organisasi-organisasi antarabangsa.

Laporan Daya Saing Dunia 2014-2015 (GCR) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berpejabat di Geneva, meletakkan Malaysia di tangga ke-11 daripada 144 negara di dunia atas kualiti infrastruktur pengangkutan negara.

Inilah bukti perakuan pihak ketiga ke atas sejauh mana negara sudah meningkat; perkara yang kita ambil mudah.

Sejak lima tahun lepas, kualiti dan akses kepada pengangkutan awam di Malaysia suah banyak berubah, hasil Pengangkutan Awam Bandar dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kini lebih banyak bas lebih berkualiti beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 tengah malam, LRT dan monorel, yang kini menggunakan empat koc berbanding dua sebelum ini.

Malah, tren komuter menggunakan koc baharu dan reka bentuk tempat duduk baharu bagi memberikan keselesaan kepada pengguna.

Kualiti bas dan tren sudah meningkat dengan ketara, dengan semua kenderaan pengangkutan awam kini menyediakan akses untuk orang kurang upaya dan tempat duduk khas untuk warga tua, manakala ada bas menyediakan WiFi percuma.

Semakin ramai yang mula menyedari manfaat pengangkutan awam - kurang stres daripada kesesakan lalu lintas, datang tepat pada waktunya ke tempat kerja, mengisi masa perjalanan dengan mendengar muzik dan membaca, dan pada masa yang sama menjimatkan kos bahan api, bayaran parkir serta penyelenggaraan kenderaan.

Ekoran itu, semakin ramai rakyat Malaysia kini menggunakan pengangkutan awam.

Pada 2011, purata jumlah pengguna yang menaiki LRT Ampang-Kelana Jaya seramai 379,000.

Pada 2013, angka ini meningkat 14 peratus kepada 431,000. Pada 2011, 96,000 pengguna menaiki KTM Komuter; pada 2013, angka ini meningkat 27 peratus kepada 122,000.

Ramai tidak sabar menunggu sambungan laluan LRT selain projek Mass Rapid Transit (MRT) sejauh 51 km dari Sungai Buloh ke Kajang yang dijadual siap secepat mungkin.

Selain memberi keselesaan kepada berjuta-juta penduduk di Lembah Klang dan sekitarnya, projek ini akan merevolusikan pengangkutan awam.

Selain itu, rakyat Malaysia juga mahukan akses kepada teknologi Internet.

Walaupun apa yang diperkatakan oleh pengkritik, tahap penebusan Internet kita setanding negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, Australia dan Perancis.

Empat daripada lima rakyat Malaysia kini mempunyai akses 3G menerusi telefon pintar masing-masing dalam pelbagai rangkaian selular seperti Maxis, Hotlink, Celcom, Digi dan U-Mobile yang menawarkan perkhidmatan prabayar dan pasca bayar mampu milik.

Penembusan jalur lebar isi rumah Malaysia kini mencapai tahap 68 peratus, bukit mengenai paras langganan yang tinggi.

Akses jalur lebar juga disediakan menerusi Kampung WiFi dan Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk masyarakat luar bandar dan miskin bandar, yang dimajukan menerusi Usaha sama Awam-Swasta dan diketuai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menerusi Infrastruktur dan Kandungan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Ini membolehkan akses Internet secara meluas kepada masyarakat dalam kumpulan pendapatan rendah manakala sasaran subsidi kerajaan pula membolehkan pembelian peranti menerusi Program Netbook 1Malaysia dan subsidi telefon bimbit dalam kalangan belia.

Langganan selular pada 2013 melebihi 42.96 juta, yang bermakna sebahagian besar rakyat Malaysia mempunyai lebih daripada satu telefon bimbit.

Langganan ke atas perkhidmatan seperti IPTV (perkhidmatan televisyen yang dimuat turun menerusi Internet) dan TV Kabel semakin meningkat hasil paras pendapatan yang meningkat yang membolehkan mereka memilikinya.

Kini kita menikmati WiFi percuma dan IPTV/TV kabel di tempat awam seperti kedai kopi dan restoran dan semakin banyak perniagaan menyediakannya sebagai perkhidmatan untuk pelanggan masing-masing.

Kehidupan kita kini semakin mudah menerusi rangkaian dan perhubungan telekomunikasi ini.

Rakyat Malaysia kini boleh menggunakan komputer riba, malah membayar bil menggunakan telefon mudah alih dan pada masa yang sama menikmati hidangan mi dan kopi atau teh tarik.

Pendek kata, jika kita terikut untuk mengkritik perkara yang tidak berjalan lancar, kita perlu memikirkan semula bahawa segala kemudahan yang dinikmati hari ini adalah hasil pertumbuhan ekonomi negara.