Penutupan kerajaan AS bakal catat rekod terpanjang susulan Senat gagal lulus pembiayaan

Ketua Majoriti Senat, John Thune (tengah), bersama Senator John Barrasso (kiri), bercakap kepada media selepas satu sesi strategi tertutup, pada hari ke-35 penutupan kerajaan, di Capitol, Washington, 4 Nov 2025. (Foto AP)
WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat sekali lagi gagal meluluskan rang undang-undang pembiayaan sementara pada Selasa, menandakan kegagalan ke-14 usaha berkenaan, lapor Xinhua.
Ringkasan AI
- Senat Amerika Syarikat gagal meluluskan rang undang-undang pembiayaan sementara pada Selasa, menandakan kegagalan ke-14 usaha serupa.
- Penutupan kerajaan persekutuan berpotensi menjadi yang terpanjang dalam sejarah AS sekiranya berterusan, menjejaskan pelbagai sektor termasuk penerbangan, bantuan makanan, dan perkhidmatan kesihatan.
- Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) terjejas; Presiden Trump menegaskan manfaat hanya akan diberikan apabila kerajaan dibuka semula oleh Demokrat.
Rang undang-undang itu memerlukan sekurang-kurangnya 60 undi bagi melepasi penentangan dan diteruskan ke peringkat seterusnya.
Penutupan kerajaan yang berterusan itu terus menjejaskan pelbagai sektor termasuk penerbangan, bantuan makanan dan perkhidmatan kesihatan, dengan kesannya kian meluas serta memberi tekanan besar terhadap ekonomi dan kehidupan rakyat.
Menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO), sekiranya penutupan itu berlarutan selama lapan minggu, ia boleh menelan kos ekonomi AS sebanyak US$14 bilion.
Sementara itu, kedua-dua parti utama terus saling menyalahkan antara satu sama lain atas kebuntuan yang berlaku.
Sementara itu, program bantuan makanan utama negara turut terjejas.
Selepas dua hakim persekutuan campur tangan, pentadbiran Trump pada Isnin mengumumkan penggunaan dana kecemasan untuk mengekalkan separuh daripada manfaat Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) bagi bulan ini, sambil memberi amaran bahawa sesetengah negeri mungkin mengambil masa berminggu atau berbulan untuk menyambung semula agihan penuh.
Bagaimanapun, Presiden Donald Trump pada Selasa menegaskan di media sosial bahawa manfaat SNAP "hanya akan diberikan apabila Demokrat membuka semula kerajaan, sesuatu yang boleh mereka lakukan dengan mudah dan tidak sebelum itu."
Program SNAP meliputi kira-kira 42 juta rakyat Amerika, iaitu satu perlapan daripada jumlah penduduk negara itu, kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.
-- BERNAMA
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Apakah yang menyebabkan penutupan kerajaan persekutuan Amerika Syarikat kini berpotensi menjadi yang terpanjang dalam sejarah? A: Kegagalan Senat Amerika Syarikat meluluskan rang undang-undang pembiayaan sementara bagi ke-14 kalinya.
- Q: Apakah kesan penutupan kerajaan yang berterusan kepada ekonomi dan kehidupan rakyat Amerika Syarikat? A: Penutupan kerajaan berterusan telah memberikan tekanan besar kepada ekonomi dan menyebabkan kesan negatif terhadap pelbagai sektor termasuk penerbangan, bantuan makanan, dan perkhidmatan kesihatan.
- Q: Berapakah anggaran kos ekonomi AS yang mungkin terkena sekiranya penutupan kerajaan berlarutan selama lapan minggu? A: Menurut laporan Pejabat Belanjawan Kongres (CBO), penutupan kerajaan yang berlarutan selama lapan minggu boleh menelan kos ekonomi AS sebanyak US$14 bilion.
- Q: Mengapa program bantuan makanan utama negara turut terjejas akibat penutupan kerajaan? A: Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) terjejas kerana penggunaan dana kecemasan perlu dilakukan untuk mengekalkan separuh daripada manfaat bagi bulan ini, sambil memberi amaran bahawa agihan penuh mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk disambung semula.
- Q: Berapakah jumlah rakyat Amerika yang diliputi oleh Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP)? A: Program SNAP meliputi kira-kira 42 juta rakyat Amerika, iaitu satu perlapan daripada jumlah penduduk negara itu, kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

