awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan

Bernama
Bernama
05/11/2025
02:15 MYT
Namewee serah diri bantu siasatan kes bunuh pempengaruh wanita Taiwan
Menerusi hantaran di Facebook, Namewee berkata dia hadir secara sukarela dan sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi awal pagi tadi, bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di sebuah hotel di Jalan Conlay, di sini, bulan lepas.

Ringkasan AI
  • Namewee menyerah diri di IPD Dang Wangi bagi membantu siasatan kes kematian wanita Taiwan di hotel Jalan Conlay bulan lepas.
  • Ketua Polis Dang Wangi mengesahkan Namewee akan direman pagi ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
  • Kes kematian wanita Taiwan kini disiasat semula sebagai kes bunuh, sementara Namewee turut ditahan kerana memiliki dadah dan menunggu laporan analisis toksikologi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sazalee Adam ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan memaklumkan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat pagi ini.
"Untuk makluman, Namewee akan direman pagi ini," katanya ringkas.
Difahamkan, penyanyi itu tampil ke IPD Dang Wangi awal pagi tadi selepas tiba dari Johor Bahru bagi memberi keterangan berhubung kematian pempengaruh Taiwan berkenaan Hsieh Yun Hsin, yang ditemukan mati di dalam bilik air hotel berkenaan pada 22 Okt lepas.
Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Namewee berkata beliau hadir secara sukarela dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis bagi menjelaskan keadaan sebenar kepada orang ramai dan keluarga mangsa.
"Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari," katanya.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dilapor berkata kes itu yang pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), kini disiasat semula sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati pemuzik terbabit merupakan individu terakhir bersama mangsa dan dianggap penting dalam membantu siasatan.
Mayat Hsieh sebelum ini dilaporkan ditemukan oleh pemuzik berkenaan di dalam tab mandi pada 1.40 tengah hari, 22 Okt lepas sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Dalam siasatan sama, pemuzik itu turut ditahan kerana memiliki dan menggunakan dadah selepas polis menemukan sembilan pil berwarna biru disyaki ekstasi seberat 5.12 gram dalam bilik hotel itu.
Beliau kemudian didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada 24 Okt.
Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat dan analisis toksikologi bagi mengenal pasti punca sebenar kematian wanita berusia 33 tahun itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Namewee
#IPD Dang Wangi
#serah diri
#reman
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan