awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penambahbaikan SARA pastikan bantuan lebih tersusun, bersasar - PM Anwar
PDRM jamin tindakan profesional, telus dalam isu perolehan - KPN
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB

Bernama
Bernama
16/01/2026
13:33 MYT
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
Setakat ini, MBSB IB mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 4.3 peratus untuk 2026 dengan permintaan domestik dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.9 peratus untuk 2025, lebih tinggi daripada unjuran MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) iaitu 4.6 peratus selain sedikit penurunan berbanding 5.1 peratus yang dicapai pada 2024.
Bank pelaburan berkenaan dalam nota penyelidikan hari ini berkata pertumbuhan yang mampan ini mengatasi kebimbangan mengenai kesan buruk terhadap perdagangan luar dan output pembuatan disebabkan tarif yang lebih tinggi seperti dikenakan Amerika Syarikat (AS).
Sektor pembuatan berkembang sebanyak 4.5 peratus pada 2025, sedikit lebih pantas daripada 4.2 peratus pada 2024.
"Walaupun prestasi perdagangan luar yang kukuh pada beberapa bulan terakhir 2025, kami menganggarkan eksport bersih barangan akan menyumbang secara negatif kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada suku keempat 2025," kata MBSB IB.
Setakat November 2025, eksport bersih mencatatkan lebihan yang lebih rendah iaitu sebanyak RM26.5 bilion dalam dua bulan sehingga November 2025, kira-kira 1.0 peratus lebih rendah berbanding RM26.8 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2024.
Ini mencerminkan peningkatan tahunan import yang lebih pantas (12.8 peratus) berbanding eksport (11.4 peratus.
Setakat ini, MBSB IB mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK sebanyak 4.3 peratus untuk 2026 dengan permintaan domestik dijangka kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan.
Bank pelaburan itu berkata penggunaan domestik akan terus berkembang, disokong oleh pasaran buruh yang aktif, sokongan selanjutnya daripada kerajaan seperti pemindahan tunai dan potensi perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
"Ia disusuli dengan perancangan AS untuk memperluaskan tarif kepada industri semikonduktor," tambahnya.
MBSB IB juga mengunjurkan import yang kukuh akan terus melepasi eksport pada Disember 2025.
"Berdasarkan ini, kami percaya pertumbuhan yang lebih kukuh dalam aktiviti ekonomi domestik membantu mengurangkan kesan negatif daripada peningkatan import.
"Di samping itu, eksport perkhidmatan masih boleh memberi sumbangan positif memandangkan kemasukan pelancong asing yang lebih tinggi ke Malaysia turut menyokong perbelanjaan domestik yang lebih kukuh," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pertumbuhan ekonomi
#ekonomi malaysia
#unjuran
#MBSB
#KDNK
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan