awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan usahawan muda bumiputera perlahan - Mustapa

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
29/06/2015
10:06 MYT
Pertumbuhan usahawan muda bumiputera perlahan - Mustapa
Mustapa turut berharap supaya usahawan muda bumiputera turut mencari peluang di peringkat ASEAN selaras dengan pengwujudan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
Pertumbuhan usahawan muda bumiputera di negara ini dilihat agak perlahan walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat kerajaan.
Sehubungan itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mahu supaya usahawan muda bumiputera mencari peluang dan bukan hanya menunggu.
“Usahawan muda ini pertumbuhannya ada tetapi khususnya bumiputera, kita kurang berpuas hati. Walaupun pelbagai pendedahan dibuat.
“Setengah itu mungkin sudah berjaya tetapi oleh kerana kurang pendedahan bimbingan, mereka perlu diberi latihan dan pendedahan oleh kerajaan,” jelas Mustapa.
Pada masa sama, Mustapa turut berharap supaya usahawan muda bumiputera turut mencari peluang di peringkat ASEAN selaras dengan pengwujudan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).
“Kita nak dedahkan pasaran luar negara, ASEAN umpamanya dalam kajian-kajian yang kita buat masih lagi kita terima maklum balas bahawa usahawan tidak berapa tahu (dan) kurang pendedahan tentang peluang-peluang yang ada di negara ASEAN walhal kita sudah nak tubuhkan AEC maka ini antara perkara yang boleh kita lakukan,” ujarnya.
Mustapa berkata demikian selepas Menyempurnakan Majlis Pra-Pelancaran Kongres Usahawan Muda 2015 pada Isnin.
Kongres Muda 2015, yang bakal berlangsung Ogos ini menyasarkan lebih 5,000 peserta bagi membawa produk mereka ke pasaran luar negara.
Antara pasaran luar negara yang bakal diteroka termasuk Myanmar, Dubai dan United Kingdom.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Usahawan Generasi Muda Malaysia (GMB) Agil Faizal Ahmad Fadzil juga mengakui para usahawan terpaksa melalui cabaran besar untuk memasuki pasaran ASEAN serta global.
“Kita sedar bahawa permintaan itu ada. Tapi untuk masuk (pasaran antarabangsa) bukan boleh masuk (dengan hanya) perkenalkan kepada orang sahaja.
“Ada beberapa keperluan yang perlu dipatuhi seperti piawaian, pelesenan, budaya termasuk rasa,” kata Agil Faizal.
Justeru, GMB akan terus berusaha memacu usahawan muda bumiputera untuk terus bersaing secara sihat selain menjadi lebih kreatif dalam mengejar peluang.
Topic Berkaitan
#AEC
#ASEAN
#Belia
#Mustapa Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan