awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
KHOM bakal laksana misi bantuan musim sejuk di Syria dan Lubnan
217 Taman Rekreasi MADANI siap, 100 lagi disasar tahun ini - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perumahan pinggir bandar platform Skim Pembeli Rumah Pertama

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
06/09/2016
13:52 MYT
Perumahan pinggir bandar platform Skim Pembeli Rumah Pertama
YAHAYA: Daerah Ulu Selangor dan Batang Kali adalah contoh bandar baru antara Kuala Kubu dan Rawang yang boleh dijadikan contoh lokasi perumahan dalam skim pemilikan rumah pertama. - Gambar fail
Perumahan di pinggir bandar perlu mempunyai tarikan kemudahan pengangkutan awam selain akses pantas infrastruktur harian untuk masyarakat.
Ahli Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) yang juga pengarah syarikat perumahan Liga Emas Sdn Bhd, Yahaya Abdullah berkata, ia dilihat faktor asas dalam skim bagi memudahkan pembeli rumah pertama terutama di Lembah Klang.
"Semua sedia maklum skim yang memudahkan pembeli pertama rumah dan mendapat pembiayaan pinjaman bakal diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.
"Kawasan pinggir bandar dengan kos yang ada dan kemampuan menyediakan rumah atas tanah yang menjadi tarikan kepada bakal pembeli rumah pertama.
"Perumahan pinggir bandar juga sesuai untuk mereka yang baru berumahtangga dan mereka boleh membuat pilihan untuk memiliki rumah yang lebih besar kelak. Konsep ini terdapat di kalangan pemaju perumahan pinggir bandar," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Sebelum ini, Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, satu skim bagi memudahkan pembeli rumah pertama mendapat pembiayaan pinjaman bakal diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017.
Jelasnya, ia bagi menangani masalah rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang sukar mendapat pinjaman penuh daripada bank ekoran daripada gaji permulaan yang rendah.
Syarat bagi skim berkenaan adalah untuk pembelian rumah pertama dengan nilai RM300,000 dan ke bawah.
Dalam pada itu kata Yahaya, mana-mana individu perlu mempertimbangkan produk, lokasi serta reputasi syarikat perumahan itu sendiri sebelum membuat sebarang keputusan pembelian rumah pertama.
"Sewajarnya rumah pertama di pinggir bandar perlu ditonjolkan sebagai satu pilihan yang baik kepada mereka yang bekerja di kota raya.
"Agak kurang tepat jika diandaikan bahawa di pinggir bandar lebih murah harganya. Penetapan harga rumah dibuat mengikut kajian yang rapi dan kesesuaian pembiayaian," ujarnya.
Kata Yahaya lagi, skim yang bakal diumum semasa pembentangan Bajet 2017 itu akan menyelesaikan kemelut rakyat terutama mereka yang bekerja di Lembah Klang.
"Perkara ini bukan satu isu baru tetapi terus dibangkitkan. Kita akui pihak berkuasa sememangnya memberi reaksi positif namun ternyata masih wujud ruang yang membuatkan isu ini berlarutan.
"Kita diberitahu juga Kementerian Kewangan sedang berunding dengan Bank Negara dan lagi lagi institusi kewangan bagi mencapai formula dalam memudahkan generasi muda mendapat perumahan.
"Langkah untuk meneliti permasalahan ini dan kesungguhan mengatasinya perlu disokong namun apa yang lebih penting ialah perlaksanaan yang efektif kepada apa jua yang akan diumumkan kelak," katanya.
Yahaya turut memberitahu, Daerah Ulu Selangor dan Batang Kali adalah contoh bandar baru antara Kuala Kubu dan Rawang yang boleh dijadikan contoh lokasi perumahan dalam skim pemilikan rumah pertama.
"Bandar ini bersempadanan dengan kawasan Genting Highlands dan ianya terkenal dengan alam sekitar.
"Ramai yang berpendapat bahawa tarikan masa depan banyak bergantung kepada hal kehijauan dan keluasan sesebuah rumah.
"Jelas dari taburan ini, kawasan di pinggir Lembah Klang semakin menjadi tarikan di kalangan pembeli rumah dan kebiasaannya pembeli dilihat mendapat sedikit kepayahan dalam pembiayaan kewangan masing-masing," jelasnya.
Topic Berkaitan
#JOHARI ABDUL GHANI
#pembeli rumah pertama
#pembentangan Bajet 2017
#pembiayaan pinjaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan