AKPS tubuh sekratariat pastikan Jawatankuasa Khas e-waste berfungsi dengan berkesan

Nik Ezanee berkata antara skop utama yang akan diteliti ialah ekosistem e-waste, perundangan dan prosedur sedia ada, aspek penguatkuasaan, pengenalpastian pihak berkepentingan, serta pelupusan. - Gambar Bernama
SHAH ALAM: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menubuhkan satu sekretariat melibatkan warga kerjanya bagi menggerakkan pelaksanaan dan penyelarasan Jawatankuasa Khas Penyelarasan sisa elektronik (e-waste) dengan efektif serta tersusun.
Ringkasan AI
- Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) menubuhkan sekretariat warga kerja bagi penyelarasan Jawatankuasa Khas Penyelarasan sisa elektronik (e-waste) dengan teliti.
- Kajian menyeluruh tentang ekosistem e-waste, perundangan, penguatkuasaan, dan pengenalpastian pihak berkepentingan akan dijalankan.
- Pengimportan e-waste diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa pada 4 Feb dan diklasifikasikan sebagai Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
"Sehubungan dengan itu, pihak sekretariat akan mengemukakan permohonan maklum balas secara rasmi kepada agensi dan kementerian berkaitan.
"Satu mesyuarat penyelarasan seterusnya akan dipanggil untuk melantik keanggotaan jawatankuasa serta menyelaras dan memperhalus maklum balas yang diterima ke arah penetapan hala tuju pengurusan dan penguatkuasaan e-waste yang lebih berkesan dan berintegriti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mengumumkan pengimportan e-waste diharamkan sepenuhnya berkuat kuasa pada 4 Feb lepas dan diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak dalam Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


