KUALA LUMPUR: Pestech International Bhd (Pestech) memperoleh kontrak bernilai RM68.47 juta untuk pembinaan pencawang kuasa voltan tinggi baharu bagi Kulim Hi-Tech Park (KHTP).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, syarikat teknologi tenaga itu berkata anak syarikat milik penuhnya Pestech Sdn Bhd telah menerima surat lantikan tersebut daripada Nur Energy Services Sdn Bhd.
Kontrak tersebut untuk reka bentuk, pembekalan, penyerahan, pembinaan, ujian dan pengoperasian pencawang penebat gas 132 kilovolt (KV) baharu, yang dijangka siap pada suku ketiga 2023.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pestech Paul Lim Pay Chuan berkata syarikat itu melihat pelaburan dalam infrastruktur grid kuasa semakin pesat membangun pada masa mendatang, dipacu oleh rangsangan ekonomi pasca COVID, terutamanya di rantau ASEAN.
"Pencapaian terbaru oleh Pestech di KHTP ini membuktikan rekod prestasi dan kepakaran utama kami dalam mendapatkan kontrak yang cukup besar daripada pelanggan sedia ada," katanya.
Melangkah ke hadapan, Lim berkata, Pestech akan meningkatkan usaha dalam pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) dengan bekerjasama bersama rakan strategik.
"Terutamanya di Perlis dan Kedah, terdapat peluang melimpah untuk membangunkan projek tenaga boleh diperbaharui berskala besar.
"Malaysia mesti merebut peluang besar ini untuk membolehkan lebih banyak pelaburan RE berskala besar yang lebih inovatif diterajui oleh sektor swasta melangkaui rangka kerja Solar Berskala Besar pada masa sekarang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 25 2022
Kontrak tersebut untuk reka bentuk, pembekalan, penyerahan, pembinaan, ujian dan pengoperasian pencawang penebat gas 132 kilovolt (KV) baharu. - DagangNews
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.