KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) percaya keadaan terburuk yang melanda mungkin sudah berakhir tetapi tidak bagi industri minyak dan gas secara keseluruhan dan syarikat khususnya, kerana tahun 2020 amat mencabar dengan kemerosotan yang ia mesti perakui bagi memenuhi standard perakaunan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz berkata susut nilai atau penurunan itu adalah disebabkan harga minyak yang tidak menentu, yang telah menjejaskan kunci kira-kira Petronas sepanjang 2020 dan sejajar dengan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang lemah tahun lepas.
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara menyusut 5.6 peratus pada 2020, penurunan terbesar sejak penguncupan 7.4 peratus pada tahun 1998. Ekonomi merosot 17.1 peratus pada suku kedua disebabkan terutamanya oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.
Menurut pelaksanaan standard perakaunan, pelaburan penggiat minyak dan gas berdasarkan andaian harga minyak antara US$70 hingga US$80 setong (US$1 = RM4.03) kini perlu disusun semula.
"Apabila kami mengumumkan keputusan kewangan kami pada 26 Feb, 2021 ini, kami harus mengumumkan keuntungan perakaunan dan mungkin ada susut nilai yang besar, sesuatu yang diakui oleh industri," katanya kepada Bernama dan Berita Harian dalam satu wawancara eksklusif .
"Penurunan nilai yang besar ini berlaku kerana niaga hadapan minyak sebelumnya meningkat kepada US$60-US$70 setong, tetapi anggarannya kini telah berubah," tambahnya.
Harga minyak pada masa ini berlegar sekitar US$60 setong.
"Paling buruk selepas pelarasan adalah pada suku kedua tahun lepas. Ia mungkin satu-satunya kerugian tempoh suku tahunan terbesar. Tetapi pada suku ketiga sudah ada sedikit pemulihan dalam garis pendapatan dan untung kasar, didorong oleh tahap keyakinan tertentu," katanya.
Pada suku kedua 2020, Petronas mencatat susut nilai bersih sebanyak RM20.77 bilion. Susut nilai pada suku pertama dan ketiga, masing-masing sekitar RM4.67 bilion dan RM5.71 bilion.
Syarikat minyak negara itu turut mengalami kerugian bersih RM21 bilion pada suku kedua tetapi mengurangkan kerugian selepas cukai kepada RM3.37 bilion pada suku ketiga.
Untuk tempoh kumulatif sembilan bulan, Petronas merekodkan kerugian bersih RM19.89 bilion berbanding keuntungan bersih RM36.36 bilion pada tempoh yang sama tahun 2019. Bagaimanapun, tidak termasuk susut nilai aset, ia boleh memperoleh keuntungan bersih untuk kedua-duanya suku kedua dan ketiga.
Tengku Muhammad Taufik berkata walaupun terdapat sedikit kelegaan berikutan pelonggaran dalam penguatkuasaan sekatan pergerakan yang menjuruskan kepada pembukaan secara berperingkat aktiviti seluruh dunia serta perkembangan positif mengenai vaksin, persekitaran tetap mencabar.
"(Sekarang) gelombang ketiga telahpun terjadi. Saya rasa sebahagian besar dunia telah mulai kembali kepada sekatan pergerakan terutama dengan kemunculan varian baharu (COVID-19). Bagi kami, pasaran tidak hanya mencabar di dalam negara, malah di luar negara juga," katanya.
Petronas, yang turut bertapak di 32 negara, perlu menyesuaikan diri dengan tindak balas yang berbeza terhadap pandemik berkenaan.
"Kami harus mematuhi garis panduan kuarantin negara tuan rumah, dengan perubahan kru untuk memenuhi operasi aset dan unit kami dengan selamat seluruh dunia, termasuk Malaysia."
Beliau turut menjelaskan Petronas harus memberikan maklum balas kepada loji-loji yang perlu menghentikan operasi masing-masing dan memperlahankan penghantaran gas asli cecair (LNG) menjelang suku ketiga dan keempat.
"Bagaimanapun, kargo LNG telah kembali meningkat pada suku pertama 2021 kerana musim sejuk yang melanda di beberapa bahagian Asia.
"Ini adalah sesuatu yang sekarang harus kita jalani sebagai norma. Kita harus lebih responsif terhadap tuntutan segera dan bertindak balas terhadap pasaran semerta, baik untuk produk petroleum, minyak mentah atau LNG, " tambah beliau.
Tengku Muhammad Taufik turut berharap adanya petunjuk yang jelas mengenai pemulihan ekonomi secara berperingkat tahun ini, terutama dalam sektor-sektor seperti industri pengangkutan dan pelancongan, seiring dengan pelancaran program vaksinasi yang dapat merancakkan keyakinan pengguna.
Berdasarkan kepada unjuran kerajaan, ekonomi Malaysia dijangka berkembang antara 6.5 peratus dan 7.5 peratus pada tahun 2021.
"Kami berharap penggunaan petrokimia akan meningkat semula di kebanyakan negara-negara Asia yang sedang pesat membangun sebaik sahaja vaksin dilancarkan dan kami juga berharap lebih banyak penggunaan gas dalam peralihan tenaga kerana gas adalah bahan bakar fosil yang paling bersih," ujat beliau.
Mengatasi ketidaktentuan harga minyak
Tengku Muhammad Taufik berkata bahawa tahun 2020 merupakan tahun bersejarah bagi industri minyak dan gas berikutan kekurangan bekalan, kemunculan pandemik COVID-19 dan pertikaian antara Arab Saudi dan Rusia dalam perang harga minyak yang menyaksikan niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI ) merudum ke paras negatif.
Penanda aras minyak lain, minyak mentah Brent turut menyusut mencecah paras harga serendah AS$19 setong pada minggu yang sama kejatuhan WTI.
"Harga minyak melonjak sehingga mencapai paras US$63 setong baru-baru ini, mungkin kerana keyakinan terhadap pelancaran program vaksinasi seluruh dunia. Saya rasa kadar pelancaran vaksin akan mempengaruhi tafsiran dalam bergerak ke hadapan," katanya.
Pada pandangan Tengku Muhammad Taufik, industri ini akan diatur oleh jangkaan dan bukannya fundamental (asas) di celah-celah pelancaran program vaksinasi COVID-19 serta tindakan pengawalan oleh anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC).
"Kami percaya harga minyak amat lemah dan "artificial'', itulah sebabnya mengapa kami harus melihatnya dengan teliti, secara objektif dan berdasarkan data empirikal. Kami percaya bahawa harga minyak akan turun lebih rendah daripada sebelumnya dalam jangka panjang.
"Kami tidak percaya harga minyak akan berada antara US$50 dan US$60, tetapi sekurang-kurangnya untuk beberapa tahun ke hadapan sekiranya kami lihat untuk tujuan perancangan, projek kami perlu mencapai keuntungan walaupun dengan harga minyak pada US$40 setong," ujar Tengku Muhammad Taufik.
Beliau berkata untuk tujuan peruntukan, Petronas selalu menilai daya maju projeknya pada US$40 setong dan memastikan bahawa kos pengeluaran seunit (UPC) dikekalkan pada paras pertengahan rendah.
"Dalam bergerak ke hadapan, inilah cabaran yang kami hadapi di Malaysia; bekerja dalam lembangan yang matang, apa yang tinggal ialah air dalam dan lapangan yang menjana hasil yang mempunyai kandungan karbon dioksida yang amat tinggi.
"Dengan cabaran teknikal seumpama ini, mempertahankan UPC yang rendah mungkin lebih mencabar. Itulah sebabnya teknologi harus menjadi sebahagian daripada penyelesaian untuk bergerak maju," katanya.
Tengku Muhammad Taufik menjelaskan Petronas menekankan usaha pemampatan kos untuk menjaga daya tahan serta melakukan pelbagai langkah kecemerlangan operasi dan komersial untuk mengekalkan kedudukan kewangan yang agak kukuh dan pada masa sama terus komited untuk menyumbang kepada masyarakat. Untuk itu, Petronas telah menghasilkan aliran tunai yang bereputasi baik daripada operasi.
"Kami seterusnya melabur dalam bahan kimia yang boleh diperbaharui dan khusus untuk membuktikan masa depan organisasi yang kini memposisikan kedudukan dengan lebih banyak penyelesaian yang berpusatkan pelanggan dan kecanggihan teknologi untuk menyediakan penyelesaian tenaga yang lebih bersih bagi merealisasikan aspirasi ''Net Zero Carbon Emission 2050'' kami," katanya.
Beliau menambah Petronas akan tetap optimis dalam meneruskan strategi pertumbuhannya meskipun berhadapan dengan pemulihan secara berperingkat serta cabaran pasaran yang berpanjangan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 20 2021
Tengku Muhammad Taufik berkata walaupun terdapat sedikit kelegaan berikutan pelonggaran dalam penguatkuasaan sekatan pergerakan serta perkembangan positif mengenai vaksin, persekitaran tetap mencabar. - Gambar fail
[TERKINI] Bendera terbalik, Lee Zii Jia melakukan kesilapan kritikal
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata biarpun pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, telah memohon maaf, tetapi kesilapan memakai jersi memaparkan bendera Malaysia secara terbalik, sebagai kesilapan kritikal.
JIM Selangor gempur kawasan setinggan warga asing
Jabatan Imigresen (JIM) Selangor menahan 49 warga asing yang didapati melakukan pelbagai kesalahan berkaitan imigresen selepas menyerbu sebuah kawasan setinggan di Taman Ayer Hitam awal pagi tadi.
Zahid tidak terima sebarang makluman daripada Tengku Zafrul
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Saintis muda tonggak sains iklim - Nik Nazmi
Penglibatan saintis Malaysia dalam sains iklim global amat penting untuk memperkukuh pengaruh negara dalam dasar antarabangsa, menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
Beliau menegaskan bahawa penyertaan aktif Malaysia dalam proses Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (I-P-C-C) perlu diperkasakan, terutama ketika negara berdepan kesan perubahan iklim yang semakin serius.
1,342 kes denggi, dua kematian direkod minggu lalu - KKM
Sebanyak 1,342 kes demam denggi dan dua kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-49 (ME49) berbanding 1,249 kes dan tiada kematian pada minggu sebelumnya.
Papagomo dibebaskan dengan jaminan polis selepas beri keterangan
Papagomo ditahan 1.30 pagi semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes memanipulasi nama sebuah syarikat untuk mengutip dana daripada orang awam.
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Pengerusi Petronas Chemicals Group Datuk Abdul Rahim Hashim akan letak jawatan
Pengerusi Petronas Chemicals Group Bhd Datuk Ir Abdul Rahim Hashim akan meletakkan jawatannya berkuat kuasa 1 Jan, 2025.
PETRONAS terus pupuk generasi pelumba masa depan di Grand Prix Malaysia 2024
Para peminat sukan permotoran seluruh negara membanjiri Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) bagi melihat pelumba kegemaran mereka beraksi merebut kejuaraan.
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Antaranya, PIPC yang akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu mulai 2012 hingga 2037.
Setel akan kenakan caj 1% untuk tambah nilai guna kad kredit
Setel mengatakan caj 1% ini tidak tertakluk kepada tambah-nilai automatik ke dompet digital berkenaan.
Petronas jelas status perbincangan DGO dengan Petros
Petronas ingin menjelaskan bahawa ia masih dalam perbincangan dengan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengenai cadangan pelaksanaan Ordinan Pengagihan Gas (DGO).
Petronas perkenal dua inisiatif sokong sektor minyak dan gas
Petronas melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), menyasar untuk menyokong keteguhan sektor minyak dan gas tempatan menerusi dua inisiatif baharu.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, jejak prestasi semalaman pasaran AS
Pada 9.06 am, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 2.13 mata kepada 1,638.67.
Homecoming PETRONAS cungkil bakat badminton di Sibu
PETRONAS berharap dapat memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencapai potensi mereka dan mungkin menjadi pemain negeri atau kebangsaan yang dikenali di seluruh dunia.
Petronas peroleh konsesi minyak dan gas ketiga di Abu Dhabi
Petronas Abu Dhabi akan memegang 100 peratus ekuiti dan bertanggungjawab ke atas pengendalian sepanjang tempoh cari gali berkenaan.
Petronas tiada hasrat ambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak - Pejabat Premier
Pejabat Premier Sarawak hari ini mengesahkan bahawa Petronas tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan Sarawak dan syarikat minyak dan gasnya, Petroleum Sarawak Berhad.