Tiada ruang sentimental di Anfield - Alonso

Alonso ketika memantau perlawanan LaLiga antara Real Madrid dan Barcelona di Madrid, Sepanyol, 26 Okt 2025. - Gambar fail/AP
KEPULANGAN Xabi Alonso ke Anfield selaku ketua jurulatih Real Madrid menjadi tumpuan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara (UCL) menentang Liverpool awal pagi nanti (4 pagi waktu Malaysia).
Ringkasan AI
- Kepulangan Xabi Alonso ke Anfield sebagai ketua jurulatih Real Madrid menjadi fokus menjelang perlawanan Liga Juara-Juara menentang Liverpool; nilai sentimental di samping misi meraih tiga mata di Anfield.
 - Liverpool menamatkan rentetan kekalahan dengan kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa, namun Real Madrid hadir dengan momentum stabil, memenangi 13 daripada 14 perlawanan musim ini termasuk tiga kemenangan berturut-turut dalam UCL.
 - Liverpool dijangka kembali diperkuatkan oleh Ryan Gravenberch; manakala Alexander Isak dan Curtis Jones masih dilucutkan; Florian Wirtz belum stabil dalam kesebelasan utama. Real Madrid pula dijangka mengekalkan kuartet Arda Guler, Jude Bellingham, Vinicius Jr, dan Kylian Mbappe sebagai tunjang serangan utama.
 
“Tetapi sekarang sebagai jurulatih Real, saya tidak boleh terikat dengan nilai sentimental.
“Saya ada sasaran. Saya mahu Real menang dan bawa pulang tiga mata,” ujar Alonso.
Dalam pada itu, tekanan terhadap Arne Slot sedikit reda selepas Liverpool menamatkan rentetan empat kekalahan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa pada Ahad.
Namun, tugasan kali ini berada dalam kelas berbeza memandangkan Real hadir dengan momentum jauh lebih stabil iaitu 13 kemenangan daripada 14 perlawanan musim ini, termasuk tiga kemenangan berturut-turut dalam UCL.
Liverpool dijangka kembali diperkuatkan Ryan Gravenberch, namun Alexander Isak dan Curtis Jones masih diketepikan.
Florian Wirtz pula masih belum benar-benar mengukuhkan tempatnya dalam kesebelasan utama.
Pemain tengah Jerman itu hanya dimasukkan dari bangku simpanan ketika menentang Villa dan gagal memberi impak dalam tempoh permainan singkat itu.
Bagi Real pula, kelab Sepanyol itu dijangka mengekalkan kuartet Arda Guler, Jude Bellingham, Vinicius Jr dan Kylian Mbappe sebagai tunjang utama serangannya. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


