awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas bayar dividen tambahan RM10 bilion menjelang akhir November

Bernama
Bernama
09/11/2020
08:30 MYT
Petronas bayar dividen tambahan RM10 bilion menjelang akhir November
Menurut Petronas, ia tetap tegas dalam usahanya mengekalkan simpanan tunai dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak menentu ini. - Gambar fail/REUTERS
KUALA LUMPUR:Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah meluluskan bayaran dividen tambahan sebanyak RM10 bilion kepada kerajaan Persekutuan menjelang akhir November 2020 berikutan penularan pandemik COVID-19 yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
Syarikat minyak nasional itu berkata ia sebelum ini komited untuk mengekalkan pembayaran dividen RM24 bilion yang dijadualkan kepada kerajaan berdasarkan prestasi tahun kewangan 2019, dan mengesahkan bahawa syarikat itu telah membayar dividen sepenuhnya seperti yang dirancang untuk tahun ini.
"Dalam menentukan sama ada dividen tambahan ini mampu dibayar, pihak lembaga Petronas pertama sekali berpuas hati bahawa syarikat masih mampu membiayai operasinya dengan selesa, membayar hutang dan memenuhi kewajipannya serta melabur untuk pertumbuhan masa depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Petronas, ia tetap tegas dalam usahanya mengekalkan simpanan tunai dan memperkukuh daya tahan kewangannya dalam situasi yang tidak menentu ini.
Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Petronas akan membayar dividen RM34 bilion kepada kerajaan Persekutuan tahun ini.
Pada 2019, Petronas membayar dividen kepada kerajaan Persekutuan berjumlah RM54 bilion, termasuk dividen khas sebanyak RM30 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mustapa Mohamed
#Petronas
#ekonomi
#minyak
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan