awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas Carigali temui minyak dan gas di Blok SK306, luar pantai Sarawak

Bernama
Bernama
07/12/2022
06:59 MYT
Petronas Carigali temui minyak dan gas di Blok SK306, luar pantai Sarawak
PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) menemui minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan cetek di Balingian kira-kira 150 kilometer dari Bintulu, luar pantai Sarawak. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh PETRONAS, PETRONAS Carigali Sdn Bhd (PCSB) menemui minyak dan gas di telaga Nahara-1 di Blok SK306, yang terletak di perairan cetek di Balingian kira-kira 150 kilometer dari Bintulu, luar pantai Sarawak.
Telaga Nahara-1 berjaya digerudi sehingga kedalaman keseluruhan 2,468 meter dan menemui hidrokarbon di jujukan sedimen Late Oligocene hingga Middle Miocene, kata PETRONAS dalam satu kenyataan hari ini.
Minyak ringan dengan bahan cemar minimum juga terbentuk selepas pengujian pengeluaran dijalankan bagi telaga itu.
PCSB merupakan pengendali blok tersebut dengan 100 peratus kepentingan penyertaan dalam kontrak perkongsian pengeluarannya.
Naib Presiden Eksplorasi PETRONAS Mohd Redhani Abdul Rahman berkata syarikat itu gembira dengan penemuan tersebut dan impaknya ke atas usaha eksplorasi masa depan di kawasan sekitar.
"Nahara-1 adalah penemuan minyak yang penting oleh PCSB dalam tempoh dekad lepas. Ia adalah bukti potensi besar lembangan prolifik Malaysia yang kekal sangat prospektif," katanya.
Mohd Redhani berkata penemuan itu juga mengukuhkan strategi eksplorasi semasa PCSB untuk meneruskan fokus dalam usaha eksplorasinya di lembangan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#PCSB
#Sarawak
#minyak dan gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan