Skip to main content

Malaysia

Jerebu: Cheras kembali sederhana, jumlah kawasan IPU tidak sihat turun kepada 13 setakat 7 malam

Berdasarkan data kualiti udara terkini, Cheras mencatat penurunan tujuh mata apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun daripada 106 kepada 99, sekali gus kembali ke kategori sederhana. -Gambar fail/Bernama
Berdasarkan data kualiti udara terkini, Cheras mencatat penurunan tujuh mata apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun daripada 106 kepada 99, sekali gus kembali ke kategori sederhana. -Gambar fail/Bernama

Advertisement

Ringkasan AI

  • Situasi jerebu negara bertambah baik dengan Cheras keluar daripada kategori tidak sihat, mengurangkan kawasan terjejas kepada 13 stesen setakat jam 7 malam.
  • Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan IPU tertinggi pada paras 162, diikuti Seremban dengan 158, manakala Bukit Rambai menunjukkan penurunan terbesar.
  • Secara keseluruhan, 55 stesen pemantauan IPU berada dalam kategori sederhana dan baik, dengan Kimanis, Sabah mencatat kualiti udara terbaik pada bacaan 42.

KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di seluruh negara terus bertambah baik apabila Cheras di Kuala Lumpur keluar daripada kategori tidak sihat, menjadikan jumlah kawasan terjejas berkurangan kepada 13 stesen setakat jam 7 malam ini.

Berdasarkan data kualiti udara terkini, Cheras mencatat penurunan tujuh mata apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) turun daripada 106 kepada 99, sekali gus kembali ke kategori sederhana.

Bukit Rambai di Melaka pula mencatat penurunan terbesar dalam kalangan kawasan yang berada dalam kategori tidak sihat apabila bacaan IPU menurun 34 mata kepada 110 berbanding 144 pada jam 6 petang tadi.

Nilai di Negeri Sembilan kekal merekodkan bacaan IPU tertinggi negara pada paras 162, manakala Seremban mencatat bacaan kedua tertinggi dengan 158.

Di Selangor, beberapa stesen utama mencatat perubahan kecil apabila Petaling Jaya dan Klang masing-masing meningkat satu mata kepada 155, manakala Shah Alam naik kepada 153. Johan Setia dan Banting pula kekal pada bacaan masing-masing 156 dan 152.

Batu Muda di Kuala Lumpur kekal pada bacaan 154, manakala Putrajaya mencatat penurunan satu mata kepada 151.

Di Johor, Tangkak menurun dua mata kepada 149 dan kembali ke bawah paras 150, manakala Kluang meningkat empat mata kepada 107. Port Dickson di Negeri Sembilan pula kekal pada bacaan 115.

Secara keseluruhan, 55 stesen pemantauan IPU di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik. Cheras merekodkan bacaan 99, tertinggi dalam kategori sederhana, manakala kualiti udara terbaik negara dicatatkan di Kimanis, Sabah dengan bacaan 42, diikuti Limbang, Sarawak pada bacaan 47.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah perkembangan terkini situasi jerebu di Malaysia? 
    A: Situasi jerebu di seluruh negara bertambah baik dengan Cheras keluar daripada kategori tidak sihat, mengurangkan jumlah kawasan terjejas kepada 13 stesen setakat jam 7 malam.
  • Q: Berapakah bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di kawasan yang paling terjejas? 
    A: Nilai di Negeri Sembilan mencatat bacaan IPU tertinggi pada paras 162, diikuti Seremban dengan bacaan 158.
  • Q: Kawasan manakah yang mencatat penurunan IPU terbesar? 
    A: Bukit Rambai di Melaka mencatat penurunan terbesar dengan bacaan IPU turun 34 mata kepada 110 berbanding 144 pada jam 6 petang.
  • Q: Berapakah jumlah stesen pemantauan IPU yang berada dalam kategori sederhana dan baik? 
    A: Sebanyak 55 stesen pemantauan IPU di seluruh negara berada dalam kategori sederhana dan baik.
  • Q: Di manakah kualiti udara terbaik dicatatkan setakat ini? 
    A: Kualiti udara terbaik dicatatkan di Kimanis, Sabah dengan bacaan 42, diikuti Limbang, Sarawak pada bacaan 47.

Product Recommendation Section Title

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

SOME BY MI Daily Mask 30pcs

Must Watch Video

Advertisement