Skip to main content

Bisnes

Petronas nafi terlibat perjanjian bekalan bahan api di Filipina

81735550314_Petronas.jpg
Petronas menegaskan bahawa tumpuan utamanya adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan tersedia untuk Malaysia.

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menafikan sebarang penglibatan dalam perjanjian pembekalan bahan api seperti yang dilaporkan membabitkan entiti kerajaan tempatan di Filipina.

“Petronas ingin menjelaskan tidak mengetahui atau terlibat dalam sebarang pengaturan sedemikian, dan tidak memeterai apa-apa perjanjian atau komitmen yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisement

Syarikat minyak dan gas negara itu berkata demikian sebagai merujuk kepada laporan media baru-baru ini mengenai cadangan perjanjian bekalan bahan api di Filipina.

Petronas menegaskan bahawa tumpuan utamanya adalah untuk memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan tersedia untuk Malaysia.

"Aspek itu kekal sebagai keutamaan, disokong oleh rangkaian bekalan yang kukuh dan kerjasama erat dengan kerajaan,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video