KUALA LUMPUR: Petronas North Ketapang Sdn Bhd, anak syarikat Petronas, menandatangani Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) bagi Blok Ketapang Utara yang terletak di dalam pesisir dan luar pesisir Jawa Timur, Indonesia.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Petronas menjelaskan syarikat itu memperoleh Blok Ketapang Utara semasa pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021 dan memegang 100 peratus ekuiti dalam blok dengan keluasan 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman air sehingga 100 meter di bawah paras laut itu.
PSC itu ditandatangani di pejabat Kementerian Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia dengan Petronas diwakili Pengarah Presiden PC Ketapang II Ltd, Yuzaini Md Yusof manakala SKK Migas pula oleh Ketuanya, Dwi Soetjipto, tambahnya.
Naib Presiden Cari Gali dan Huluan Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata pemeteraian bagi Blok Ketapang Utara itu meningkatkan lagi portfolio huluan sedia ada Petronas di Indonesia dan memberikan peluang untuk memenuhi permintaan tenaga yang semakin meningkat di negara itu.
"Petronas amat berbesar hati dianugerahkan PSC ini dan kami akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi kami serta SKK Migas untuk memanfaatkan potensi hidrokarbon yang terdapat dalam blok itu," katanya.
Petronas merupakan pengendali bagi PSC Ketapang dan PSC Madura Utara II, yang terletak di luar pesisir Jawa Timur dan merupakan rakan usaha sama dalam enam PSC lain yang berada di dalam dan luar pesisir Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur, serta Indonesia Timur.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Pemeteraian bagi Blok Ketapang Utara itu meningkatkan lagi portfolio huluan sedia ada Petronas di Indonesia. - Gambar hiasan
KBS sasar 8,880 individu sertai KLAS Renang tahun ini
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan sebanyak 8,880 individu menyertai Program Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) di seluruh negara tahun ini.
Penyu PD pulang bertelur, orang ramai jangan buat kacau ganggu
Selepas menemui 159 telur penyu karah di Pantai Tanjung Gemok Port Dickson, pada Jumaat, kini sebanyak 117 telur penyu agar pula ditemui pada Sabtu.
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
Petronas tandatangan kontrak perkongsian pengeluaran bagi Blok Ketapang Utara
Petronas memperoleh Blok Ketapang Utara semasa pusingan kedua Pusingan Bidaan Petroleum Indonesia 2021 dan memegang 100 peratus ekuiti dalam blok itu.