awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi

Sinar Harian
Sinar Harian
28/04/2024
07:50 MYT
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari beramah mesra bersama kaum India di Kampung Chuang pada Ahad. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu berkata, pengesahan daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) mengenai taraf akademiknya itu telah 'menutup mulut' semua pihak yang mempertikaikan perkara berkenaan.
"Perkara ini (pengesahan kelayakan) sudah terdedah dan yang penting, kita nak jadi pemimpin yang mempunyai sifat integriti, tidak perlu menipu.
"Sudah-sudahlah dengan dakwaan peribadi dan saya harap selepas ini tidak ada lagi. Kita kempen secara baik, serangan peribadi ini tidak bagus," katanya ketika ditemui selepas program masyarakat di Kampung Chuang, di sini pada Ahad.
Kontroversi membabitkan taraf pendidikan Khairul Azhari rancak diperdebatkan susulan menimbulkan kekeliruan kerana beliau memiliki ijazah sarjana tanpa tanpa ijazah sarjana muda.
Sementara itu ditanya mengenai pendekatan meraih undi kaum bukan Melayu, beliau menjelaskan, PN menyantuni semua golongan masyarakat tidak kira agama dan warna kulit.
“Kita tahu sebelum ini (ketika) PN jadi kerajaan, kita santuni semua orang selagi dia rakyat Malaysia (kerana) mereka berhak mendapat apa yang patut dia dapat.
“Pastinya kita mengharapkan pengundi bukan Melayu melihat apa rekod yang kita telah buat walaupun dalam masa yang pendek, semua dapat manfaat," ujarnya. - Sinar Harian
Dapatkan informasi terkini PRK Kuala Kubu Baharu di sini
Topic Berkaitan
#PRK Kuala Kubu Baharu
#calon Perikatan Nasional
#Khairul Azhari Saut
#isu kelayakan akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan