KUCHING: Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata tempoh peralihan itu bermula 1 Julai depan sehingga 1 Januari 2025.
"Petros akan mengambil alih peranan tersebut daripada Petronas bukan sahaja sebagai pembeli dan penjual gas asli, malah Petros akan menjalankan semua aktiviti yang berkaitan perolehan, pembekalan dan pengedaran gas asli yang dihasilkan di Sarawak," katanya.
Julaihi mengumumkan perkara itu ketika menggulung perbahasan untuk kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Beliau berkata Petros dan Petronas juga bersetuju untuk menandatangani perjanjian definitif (Definitive Agreement), dengan Petronas mengambil maklum peranan Petros sebagai Pengagregat Gas Tunggal di bawah Ordinan Pengagihan Gas (Pindaan), 2023
"Oleh itu, bermula 1 Julai depan, Petros sebagai Pengagregat Gas Tunggal akan membeli gas asli yang dihasilkan di Sarawak dari semua pengeluar gas huluan dan menjual gas tersebut kepada semua pembeli gas hiliran termasuk loji pemprosesan gas asli cecair (LNG) di Sarawak.
"Ini membolehkan pembekalan LNG secara berterusan oleh pihak loji pemprosesan bagi memenuhi kontrak sedia ada mereka dengan pembeli LNG luar negara seperti di Jepun dan Korea," katanya.
Julaihi berkata dalam usaha meningkatkan penggunaan gas asli, Petros akan menjalankan usaha berterusan yang selaras dengan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).
"Melalui inisiatif SGR ini, pengunaan gas asli di Sarawak yang kini berada pada tahap enam peratus mampu ditingkatkan kepada 30 peratus atau lebih menjelang 2030.
"Pelan ini dijangka akan menarik pelaburan ke Sarawak, menghasilkan aktiviti ekonomi bernilai tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan berpendapatan tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Petros akan menjalankan usaha berterusan yang selaras dengan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR).

58 ahli Amanah dipecat sertai pemilihan parti lain - Faiz Fadzil
Sebanyak 58 orang ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dipecat oleh Jawatankuasa Pimpinan (JKP) Amanah Nasional atas kesalahan menyertai pemilihan parti politik lain, hingga 22 Mei 2025.
Anwar jelaskan tidak bawa sebarang 'chai'
Datuk Seri Anwar Ibrahim tegaskan tidak membawa sebarang senarai 'chai' dalam proses pemilihan PKR, sebaliknya meneliti setiap calon scara adil dan saksama.

Dua maut kereta terperosok bawah lori buat pusingan U
Dua warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka merempuh sebuah lori membuat pusingan U di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pempengaruh didakwa hantar gambar berbaur lucah kepada remaja 14 tahun
Seorang pempengaruh media sosial terkenal didakwa menghantar gambar berunsur lucah kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Petronas-Petros: Muktamad! Petronas teruskan amanah tertakluk di bawah PDA 1974
Anwar menegaskan bahawa peranan Petronas tidak tergugat, manakala Petros akan diiktiraf berdasarkan kuasa yang diperuntukkan kepada Sarawak.

Isu minyak & gas: Selesai dengan baik, tak jejas Petronas dan kepentingan Sarawak dipelihara - Tun M
Sebarang keputusan melibatkan pengurusan sumber minyak dan gas antara Petronas dan Petros memerlukan pindaan undang-undang dan dipersetujui oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

“Jangan bunuh angsa emas negara” – Pembangkang sokong Petronas, akui tuntutan Sarawak wajar
Beberapa Ahli Parlimen pembangkang menyuarakan sokongan terhadap Petronas dalam pertikaian dengan Petros, sambil mengiktiraf hak Sarawak.

Siapa kuasai gas Sarawak?
Pertikaian kawalan gas antara Petronas dan Petros uji sempadan kuasa negeri dan persekutuan, dengan implikasi besar terhadap hasil negara dan kos sara hidup rakyat.

Putrajaya, Sarawak sepakat selesai isu Petronas-Petros secara rundingan
Perdana Menteri dan Premier Sarawak telah bersetuju memuktamadkan prinsip-prinsip asas dalam masa terdekat seperti yang dipersetujui sebelum ini untuk mempermudahkan rundingan antara Petronas-Petros.

Petronas harus dipelihara demi negara, selesai pertikaian dengan Sarawak menerusi perpaduan - Ketua Pembangkang
Timbalan Presiden Bersatu itu berkata, dalam sektor minyak dan gas, negara tuan rumah lazimnya menerima royalti sehingga 15 peratus.

Ingat zaman kehebatan, Naib Presiden Bersatu gesa utamakan Petronas
Datuk Radzi Jidin mengingatkan agar Petronas diutamakan dalam isu kerajaan Sarawak mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd (PCSB).

Operasi Petronas Carigali: Pemuda PBB pertahan Kerajaan Sarawak, bidas Armada
Sarawak tidak pernah memansuhkan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 iaitu undang-undang negeri yang kekal berkuat kuasa hingga hari ini.

Hanya Petronas miliki hak petroleum negara - Hafiz Hassan
Hanya Petronas dikatakan berhak atas petroleum negara menerusi PDA 1974, susulan cabaran undang-undang terkini oleh Sarawak terhadap Petronas Carigali.

PM Anwar seru semua pihak tangguh tindakan, keluar kenyataan isu Petronas-Petros
Anwar berkata Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak akan segera mengadakan perbincangan lanjut untuk memuktamad urusan Petronas-Petros.