Skip to main content

Malaysia

Kuantan, Pekan dan Rompin diramal bermula hari ini hingga Rabu

Kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi pada 4.30 petang hari ini. - Gambar hiasan
Kenyataan Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi pada 4.30 petang hari ini. - Gambar hiasan
Advertisement

KUANTAN: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran meramalkan Kuantan, Pekan dan Rompin berkemungkinan dilanda banjir terutama di lokasi hotspot, kawasan rendah serta berisiko bermula hari ini hingga 11 Nov. 

Kenyataan PRABN memaklumkan ramalan itu susulan amaran hujan berterusan (waspada) oleh Jabatan Meteorologi pada 4.30 petang hari ini. 

Antara lokasi diramalkan terlibat di Kuantan ialah kawasan dalam Lembagan Sungai Kuantan, iaitu Sungai Kuantan, Sungai Lembing, Sungai Kenau, Sungai Beserah, Sungai Chereh, Sungai Belat dan Sungai Soi.

Advertisement

“Turut terlibat Lembangan Sungai Cherating (Sungai Cherating), Lembangan Sungai Pahang (Sungai Lepar) dan Lembangan Sungai Penor (Sungai Penor),” menurut kenyataan itu. 

Bagi daerah Pekan, kawasan terlibat ialah Lembangan Sungai Bebar (Sungai Bebar), Lembangan Sungai Miang (Sungai Miang), Lembangan Sungai Pahang (Sungai Pahang, Sungai Pahang Tua dan Sungai Mentiga) serta Lembangan Sungai Mercung (Sungai Mercung).

Advertisement

Rompin pula membabitkan kawasan di Lembangan Sungai Endau (Sungai Endau dan Sungai Anak Endau), Lembangan Sungai Rompin (Sungai Rompin, Sungai Pukin, Sungai Kepasing, Sungai Keratong, Sungai Jeram, Sungai Gayong, Sungai Chanis dan Sungai Buan) selain Lembangan Sungai Pontian Pahang (Sungai Pontian Pahang). 

“Banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat dari masa yang dijangkakan... amaran ini dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan dijangka banjir berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir,” menurut kenyataan itu. 

-- BERNAMA 

Must Watch Video

Advertisement