KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, telah berjaya memasang mesin pengisian pre-filled syringe (PFS), yang pertama di Malaysia untuk pengilangan produk vaksin, baru-baru ini.
Dalam kenyataan hari ini, katanya, kilang vaksin itu adalah sebahagian daripada pelan pembangunan berterusan Pharmaniaga LifeScience ke arah menjadi kilang pengeluaran vaksin Halal pertama di dunia.
Katanya, selain mesin pengisian PFS, kilang itu juga telah memasang mesin pembungkusan, termasuk mesin denester, mesin pemeriksaan visual automatik (AVI), mesin plunger rod insertion, mesin pelabelan dan mesin pensterilan.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Zulkarnain Md Eusope berkata, kilang vaksin itu telah diserahkan pada November tahun lepas dan telah menjalani fasa Ujian Penerimaan Kilang (FAT) untuk sistem air pengeluaran di Sweden untuk air tulen, air untuk suntikan dan penjana wap tulen pada Januari tahun ini.
"Kami berbesar hati untuk berkongsi kemajuan terkini kilang vaksin kami dan berbangga kerana mempunyai barisan pengeluaran PFS pertama Malaysia di kilang teknologi tinggi kami yang diperakui Kesatuan Eropah (EU) di Puchong," katanya.
Beliau berkata, kilang itu juga telah berjaya melepasi ujian untuk mentadbir peralatan ujian vaksin yang disasarkan untuk dihantar pada suku pertama tahun ini.
"Kami menyasarkan kilang vaksin siap sepenuhnya pada suku ketiga tahun ini," katanya.
Sementara itu, Zulkarnain berkata, pembinaan projek Kilang Insulin Halal Pharmaniaga LifeScience kini berada pada tahap 82 peratus.
"Kami sedang menyiapkan kilang insulin halal yang terletak di bangunan yang sama bagi produk kartrij insulin," katanya.
Beliau berkata, fasa FAT untuk mesin pelabelan dan mesin blistering bagi produk kartrij insulin telah selesai dijalankan pada Disember 2022.
"Fasa FAT mesin-mesin lain untuk produk kartrij insulin seperti mesin pendispensan, mesin pensterilan, sistem pembuatan larutan steril, mesin pengisian kartrij dan mesin AVI dijadualkan bermula pada Februari 2023.
"Kilang insulin Halal ini disasarkan siap pada suku keempat 2023," katanya.
Beliau berkata, kilang biofarmaseutikal Halal itu disasarkan untuk dikomersialkan pada 2024 untuk vaksin dan 2025 untuk insulin.
Zulkarnain berkata, kedua-dua kilang vaksin dan insulin itu adalah usaha pertama di dunia dan dalam negara, sejajar dengan tonggak pertumbuhan strategik syarikat yang akan memacu pertumbuhan masa depan industri biofarmaseutikal Halal negara.
Bahagian Pengilangan Pharmaniaga terdiri daripada enam buah kilang di seluruh Malaysia dan dua di Indonesia yang menghasilkan rangkaian produk farmaseutikal, biofarmaseutikal, over-the-counter (OTC) dan nutraseutikal.
Ini termasuk produk kategori terapeutik yang berbeza seperti kardiovaskular, pernafasan, gastrousus, anti-diabetes, analgesik, anti-jangkitan, vaksin, insulin dan suplemen kesihatan untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Pharmaniaga Bhd melalui anak syarikat milik penuhnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd, telah berjaya memasang mesin pengisian pre-filled syringe (PFS), yang pertama di Malaysia untuk pengilangan produk vaksin, baru-baru ini. - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan lancar Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini berkenan melancarkan Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza.
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities
Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menyerahkan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk syarikat itu dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Kegagalan 104 ventilator: Tiada perjanjian bertulis KKM, PLSB - PAC
Ketiadaan perjanjian bertulis antara KKM dan Pharmaniaga Logistic Sdn Bhd menyebabkan tiada mana-mana pihak boleh dipertanggungjawabkan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi.
Pharmaniaga lakar inisiatif strategik tangani status PN17
Pharmaniaga gariskan pelan strategik untuk menangani cabaran-cabaran yang dibentangkan oleh status Nota Amalan 17 (PN17).
Pharmaniaga beri jaminan bekalan ubat tidak terjejas - Dr Zaliha
Pharmaniaga Bhd telah memberi jaminan untuk membekal lebih daripada 700 produk ubat dan bukan ubat kepada semua fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) selain akan terus kukuh dan berdaya saing.
LTAT yakin mampu struktur semula Boustead dalam tiga tahun
Ahmad Nazim berkata pendedahan besar pelaburan LTAT dalam Boustead menyebabkan dana persaraan itu sukar untuk menikmati pulangan dividen sebenar.
Pharmaniaga catat kerugian bersih RM607 juta, cetus kriteria PN17
Perolehan merosot kepada RM3.51 bilion berikutan permintaan lebih rendah daripada kerajaan untuk pembelian vaksin COVID-19.
Pharmaniaga berjaya pasang mesin pengisian pre-filled syringe pertama di Malaysia
Kilang vaksin itu sebahagian pelan pembangunan berterusan Pharmaniaga ke arah menjadi kilang pengeluaran vaksin Halal pertama di dunia.
Pharmaniaga dapat lanjutan enam bulan pembekalan ubat ke KKM
KKM turut mengiktiraf kecemerlangan perkhidmatan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhds dalam tempoh interim sebelum ini.
Pharmaniaga, Bionet meterai Perjanjian Kolaborasi Penyelidikan Vaksin Hexavalent Kanak-kanak
Pharmaniaga dan BioNet menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA) bagi membangunkan vaksin kombinasi 6 dalam 1 (Vaksin Hexavalent) untuk kanak-kanak di Malaysia.
Pharmaniaga mulakan program penyahkarbonan
Antara inisiatif utama pihaknya adalah penggunaan kenderaan elektrik bagi penghantaran ubat-ubatan ke hospital dan klinik kerajaan.