awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities

Bernama
Bernama
23/02/2024
15:17 MYT
Pharmaniaga serah pelan penyusunan semula PN17 kepada Bursa Securities
Pharmaniaga berkata pelan berkenaan menggariskan pendekatan holistik untuk meningkatkan ekuiti kumpulan dan meminimumkan kerugian terkumpul. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) telah menyerahkan pelan penyusunan semula kepada Bursa Malaysia Securities Bhd (Bursa Securities) untuk syarikat itu dilepaskan daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
Pharmaniaga dalam satu kenyataan berkata pelan berkenaan menggariskan pendekatan holistik untuk meningkatkan ekuiti kumpulan dan meminimumkan kerugian terkumpul.
Ia merancang mengumpul dana melalui terbitan hak boleh lepas saham biasa baharu sehingga RM354.6 juta dan penempatan persendirian sehingga RM300 juta serta mencadangkan pengurangan modal kira-kira RM180 juta untuk mengurangkan kerugian terkumpulnya.
"Menyokong inisiatif strategik ini, pemegang saham besar kumpulan itu, Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd (BHB) komited untuk memastikan hak gabungan mereka untuk terbitan hak berkenaan berjumlah RM190 juta akan diambil," katanya.
Sementara menunggu kelulusan daripada Bursa Malaysia, pelan itu dijadual akan dilaksanakan sepenuhnya pada suku keempat tahun fiskal berakhir 31 Disember, 2024.
Pada 27 Februari 2023, syarikat farmaseutikal itu telah mencetuskan kriteria PN17 menurut penyata kewangan disatukan yang telah diaudit untuk tempoh berakhir 31 Disember, 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pharmaniaga
#hak gabungan
#penyata kewangan
#pengurangan modal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan