awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor

Fareez Azman
Fareez Azman
29/06/2021
05:18 MYT
PKBM lega, pakej PEMULIH berita gembira buat semua kontraktor
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej PEMULIH melegakan kontraktor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Menurut Presidennya, Datuk Azman Yusoff, tiga perkara yang diumumkan Perdana Menteri pada Isnin itu melegakan usahawan kontraktor di negara ini.
"PKBM ingin mengucapkan terima kasih membenarkan perubahan harga (VOP) sehingga 31 Disember 2021, ini perkara yang diperkatakan semua usahawan kontraktor berkenaan harga bahan binaan yang melonjak naik terutamanya besi.
"Pengumuman ini memberi nafas lega buat usahawan kontraktor dan ini pengumuman dinanti-nanti oleh semua kontraktor berkenaan bahan binaan," jelasnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Malah jelas Azman, dua lagi pengumuman berhubung kontraktor kelas G1 hingga G4 serta membenarkan lanjutan masa (EOT) juga amat dinantikan.
"Kedua, kerajaan membenarkan kontraktor kelas G1-G4 akan diadakan secara undi dan juga sebut harga, jadual kadar harga yang baharu ini beri nafas lega.
"Pengumuman membenarkan lanjutan masa (EOT) akan diberi kepada semua kontraktor terlibat dalam industri pembinaan," katanya lagi.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat Dan Permulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM150 bilion.
Jelasnya, pakej pemulih bertujuan untuk memberi bantuan menyeluruh kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Bumiputera
#Perdana Menteri
#ekonomi
#usahawan
#PKBM
#presiden
#Kontraktor
#G1
#G2
#G3
#G4
#pengumuman
#Lega
#Pakej PEMULIH
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan