awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM Anwar rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM

Bernama
Bernama
26/04/2025
10:09 MYT
PM Anwar rakam penghargaan terhadap pengorbanan warga TLDM
Anwar berkata selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) atas jasa dan pengorbanan tidak ternilai mereka dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Ringkasan AI
  • Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada TLDM atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan perairan negara.
  • Sambutan Hari TLDM ke-91 akan diadakan secara sederhana bagi menghormati tragedi tahun lepas yang melibatkan dua helikopter TLDM.
  • Tema sambutan tahun ini adalah "TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara".

Anwar berkata selama lebih sembilan dekad, TLDM telah menunjukkan komitmen, disiplin dan profesionalisme yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan maritim Malaysia.
"Kecekalan dan semangat juang anggota TLDM menjadi benteng utama dalam memastikan negara kita aman dan sejahtera.
"Saya mendoakan agar TLDM terus maju, diperkasakan dengan teknologi dan kepakaran semasa, serta terus menjadi angkatan laut yang disegani di rantau ini," kata beliau menerusi hantaran di Facebook hari ini, sempena sambutan Hari TLDM ke-91, esok.
Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Dr Zulhelmy Ithnain sebelum ini memaklumkan sambutan Hari TLDM ke-91 di Pangkalan TLDM Lumut esok, akan diadakan secara sederhana.
Beliau berkata perkara itu bagi menghormati tragedi tahun lepas melibatkan dua helikopter milik TLDM bertembung ketika raptai persembahan mengakibatkan 10 warganya maut.
Tema sambutan Hari TLDM ke-91 tahun ini sama seperti tahun lepas iaitu "TLDM Perkasa, Kedaulatan Terpelihara".
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#TLDM
#Maritim Malaysia
#keselamatan perairan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan