BENTONG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru usahawan wanita agar menerapkan semangat Keluarga Malaysia dalam memartabatkan ekonomi mereka.
Beliau berkata semangat kebersamaan, keterangkuman dan kesyukuran perlu diterapkan dalam menjalankan program keusahawanan.
"Saya ingin mengajak kesemua ahli persatuan usahawan wanita mengekalkan momentum sedia ada.
"Malah dengan adanya momentum itu, usaha memartabatkan ekonomi wanita juga lebih jitu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam 'Menjalin Interaksi Melakar Memori' anjuran Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Malaysia (Usahanita) di sini malam tadi.
Turut hadir Presiden Usahanita Datuk Faridah A. Jabbar.
Ismail Sabri berkata usahawan wanita juga perlu kreatif dalam menjalankan perniagaan termasuk beralih kepada kaedah dalam talian terutama ketika keadaan negara berdepan pandemik COVID-19.
Beliau berkata selain itu pembungkusan juga perlu menarik bagi membawa perniagaan ke peringkat nasional dan global.
"Saya memberi jaminan bahawa kerajaan Keluarga Malaysia akan terus memberikan bantuan yang diperlukan oleh usahawan wanita, tidak mungkin kita akan tinggalkan mereka di belakang," katanya.
Ismail Sabri turut mengumumkan meluluskan sumbangan RM250,000 kepada Usahanita bagi persatuan itu menjalankan kegiatan keusahawanan untuk ahlinya.
"Saya berbangga dan mengucapkan syabas kepada Usahanita yang telah berada 37 tahun dan jasanya amat besar dalam melahirkan usahawan wanita di negara ini," katanya.
Beliau berkata persatuan itu menjadi tonggak utama dalam membentuk dan membimbing usahawan wanita di negara ini.
Tambahnya prestasi persatuan yang telah berjaya mewujudkan peluang dan membimbing 35,000 ahli di bawah naungannya itu amat membanggakan.
"Tentang permintaan puan presiden untuk pelantikan senator dari kalangan wakil usahawan wanita kita akan lihat bagaimana kita boleh bantu nanti," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Faridah berkata 20 peratus ahlinya berjaya melebarkan sayap ke luar negara.
"Dalam usia 37 tahun kami telah bersedia untuk ke peringkat global. Kami menyasarkan lebih ramai ahli berjaya membawa perniagaan mereka ke peringkat luar negara," katanya.
Menyasarkan ahlinya akan bertambah 100,000 beberapa tahun lagi menjelang usia 40 tahun, Usahanita kini menjelajah negeri dan daerah bagi melengkapkan ahlinya dengan ilmu keusahawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021
Ismail Sabri melihat produk yang dihasilkan ahli persatuan semasa hadir pada Majlis Makan Malam 'Menjalin Interaksi Melakar Memori' anjuran Usahanita malam tadi. Turut kelihatan, Faridah (dua, kanan). --fotoBERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
PRN Sabah: Skim Pemulihan Perniagaan Tekun bantu peniaga kecil terjejas akibat PKP
Jika tidak kuat, pasti ada dalam kalangan peniaga kecil akan tersungkur di pertengahan jalan akibat terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.