KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) telah memeterai perjanjian transaksi jualan dan pajakan balik bernilai RM2 bilion dengan Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd bagi kemudahan pembuatannya di Kulim Hi-tech Park, Kedah.
Osram Opto Semiconductors adalah anak syarikat tempatan milik penuh ams Osram AG, peneraju bagi penderia dan pemancar pintar yang beribu pejabat di Austria.
Dalam kenyataan bersama hari ini, ketiga-tiga pelabur bersama itu berkata transaksi jualan dan pajakan balik berkenaan dijangka selesai pada Disember 2023, dan masing-masing akan memiliki 33.3 peratus secara sama rata.
Menurutnya transaksi itu menawarkan peluang tersendiri kepada PNB, KWSP dan KWAP untuk melabur dalam aset hartanah berkualiti tinggi dan spesifikasi tinggi di Malaysia yang memberi pulangan kompetitif, dan pelaburan ini adalah untuk tempoh 10 tahun dengan strategi keluar yang jelas.
"Selain itu, pelaburan berkenaan adalah penggalak kepada pelaburan langsung asing dengan membolehkan rakan kongsi kami menggunakan lebih banyak modal di Malaysia. Langkah ini sejajar dengan satu daripada matlamat Kerangka Ekonomi MADANI yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan daya saing global kami, menghasilkan pelaburan pertumbuhan berimpak tinggi kepada negara.
"Malah, ini juga seiring dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) Malaysia, menerusi objektifnya untuk meningkatkan kompleksiti ekonomi," kata kenyataan bersama itu.
Ketiga-tiga pihak menjelaskan, kemudahan berkenaan akan merangsang pembangunan ekosistem untuk menyokong aktiviti dengan nilai tambah tinggi seperti fabrikasi semikonduktor.
"Ini menyokong visi Malaysia untuk muncul sebagai hab pembuatan berteknologi tinggi terkemuka yang akan memberikan nafas baharu kepada jenama 'Buatan Malaysia.'
"Produk yang dihasilkan di ams Osram, Kulim II ini akan membantu matlamat negara untuk meluaskan eksport pembuatan berteknologi tinggi dan meraih kemunculan di peringkat global, yang mengukuhkan peluang bagi pekerjaan tambahan di negara ini dalam bidang sains dan semikonduktor berteknologi tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Ketiga-tiga pelabur bersama itu berkata transaksi jualan dan pajakan balik berkenaan dijangka selesai pada Disember 2023, dan masing-masing akan memiliki 33.3 peratus secara sama rata. - Gambar fail
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.
Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.