awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PNB sahkan cadangan gabungan Sime Darby, UMW

Sinar Harian
Sinar Harian
25/08/2023
04:17 MYT
PNB sahkan cadangan gabungan Sime Darby, UMW
PNB dalam satu kenyataan berkata, Sime Darby telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan PNB untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam Kumpulan UMW. - Gambar fail
PERMODALAN Nasional Berhad (PNB) mengesahkan cadangan penggabungan UMW Holdings Berhad (UMW) dan Sime Darby Berhad (Sime Darby), sebuah syarikat multinasional Malaysia dalam sektor perindustrian serta permotoran dengan operasi di seluruh wilayah Asia Pasifik.
PNB dalam satu kenyataan berkata, Sime Darby telah menandatangani perjanjian pembelian saham bersyarat (SPA) dengan PNB untuk mengambil alih 61.2 peratus kepentingan PNB dalam Kumpulan UMW.
“Kedua-dua syarikat adalah sebahagian daripada kumpulan Syarikat Strategik PNB.
“Penggabungan dua pemimpin dalam industri automotif ini adalah didorong oleh peluang untuk mengukuhkan kehadiran kami dalam sektor automotif di peringkat tempatan dan serantau.
“Selain itu, bagi merangsang agenda elektrifikasi yang dijangka memacu pertumbuhan pelaburan, meningkatkan kecekapan dan mencipta nilai untuk pemegang unit kami,” menurut kenyataan itu pada Khamis.
Menurut PNB, langkah strategik itu sejajar dengan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 oleh kerajaan yang akan menyokong pertumbuhan sektor automotif terutama dalam meletakkan kedudukan negara sebagai hab automotif bagi rantau ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PNB
#UMW
#Sime Darby
#penggabungan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan